Semenjak dua menjak ini, ada gosip yang berterbangan menyatakan Adi Putra semakin “demand“. Dikatakan yang Adi Putra meletakkan bayaran tinggi dan mempersoalkan apa manfaat yang akan diperolehi sekiranya untuk menjadi tetamu di dalam sebuah program hiburan.
Menerangkan gosip ini, Adi Putra berkata kepada MalaysianDigest:-
Kalau tanyakan pada saya, adakah saya begitu demand? Pada saya, ada pihak yang mengenali saya dan ada yang tidak. Saya bukanlah meminta sesuatu harga yang sebegitu atau sebegini bagi tujuan dipromosikan… Bagi saya, kalau sesorang itu bekerja sebagai buruh sekali pun, individu itu mestilah digajikan kerana mereka bukan khadam. Bagi saya, terpulang kepada perspektif orang
Abang Nara suka dengan falsafah Adi Putra mengenai “demand” ini. Menarik jugak sebenarnya.
Bagi saya, kalau kita demand ia adalah lebih baik daripada mencuri. Jadi terpulang pada anda, samada mahu memilih nak demand atau mencuri. Saya tidak risau dan tidak takut dengan apa yang orang nak kata. Kalau kita kawal diri sekalipun dengan membuat kebaikan, pasti nama kita tidak akan menjadi sebutan. Tapi kalau terlihat satu keburukan dari diri kita, pasti kita akan jadi bualan hangat ramai.
Bagi Abang Nara, biasalah kalau tengah popular kenalah “demand” sikit. Sesuai lah dengan status diri. Lagipun Adi Putra bukan orang baru di dalam dunia hiburan. Memang popular kot. Tak salah nak “demand” asalkan tidak berlebihan. Tak ke gitu?