“Lebih Baik Dari Konsert” – Zizan Hadir Majlis Ilmu Bersama UAI Dapat Pujian Netizen

Hiburan

“Lebih Baik Dari Konsert” – Zizan Hadir Majlis Ilmu Bersama UAI Dapat Pujian Netizen

Semalam, pelakon dan pelawak iaitu Zizan Razak telah menghadiri sebuah majlis Talk Show Anok Mude bersempena Karnival Penghayatan Islam yang diadakan di Kuala Terengganu.

Menerusi hantaran gambar yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon berusia 38 tahun itu dilihat hadir bersama penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Advertisement

Malah, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menghadiri majlis perkongsian ilmu itu.

Alhamdulillah selesai sebuah majlis yang hebat. Satu perkongsian untuk kearah lebih baik dalam kehidupan kita. Sama sama kita mencari kemuliaan dari Allah. Allahuakbar.

Meninjau di ruangangan komen, perkongsian itu telah mendapat pujian daripada netizen dek kerana disaat ramai yang berpusu-pusu membanjiri konsert “Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022” di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, namun pelawak itu memilih untuk menghadiri majlis ilmu keagamaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Memang Allah Tak Izin" - Nabil Ahmad Rugi RM2.5K, Terlepas Tarikh Konsert Billie Eilish

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...