“Lebih Baik Dari ‘Fast Food'” – Lelaki Indonesia Usia 20-an Ini Buktikan Boleh Makan 3 Kali Sehari Dengan RM5

Kehidupan

“Lebih Baik Dari ‘Fast Food'” – Lelaki Indonesia Usia 20-an Ini Buktikan Boleh Makan 3 Kali Sehari Dengan RM5

Seorang lelaki dari Indonesia baru-baru ini tular di TikTok selepas berkongsi bagaimana dia berjaya hidup di Malaysia dengan hanya RM5 sehari.

Bekerja sambilan di Kuala Lumpur, lelaki bernama Hakim menjelaskan bahawa sebahagian besar pendapatannya dihantar pulang ke Indonesia untuk keluarganya selepas menampung perbelanjaan asasnya di sini. Oleh itu, dia perlu mengurus kewangan dengan sangat berhati-hati.

Advertisement

lelaki indonesia buktikan boleh makan 3 kali sehari dengan hanya RM5

Seperti ramai perantau lain yang mencari rezeki di Malaysia, Hakim belajar bahawa hidup di negara orang memerlukan disiplin dan kesabaran.

Bagi menjimatkan wang, Hakim memilih untuk memasak di rumah setiap hari daripada membeli makanan di luar.

lelaki indonesia

Dalam video TikTok yang dimuat naik, Hakim menunjukkan bahan-bahan yang dibelinya iaitu segenggam kangkung, seketul tauhu, beberapa biji bawang, dan sedikit cili.

Dia kemudian memotong bahan-bahan tersebut dan memasak kangkung goreng serta tauhu kicap, yang kemudian dimakan bersama nasi.

Walaupun hidangan itu ringkas dan murah, beberapa pengguna TikTok memuji pilihan Hakim kerana masih mengandungi nutrisi yang mencukupi untuk kekal sihat, berbanding makan makanan segera.

Selain berkongsi resepi bajet, Hakim juga sering memuat naik video kehidupan hariannya di Malaysia termasuk menghadiri kelas Al-Quran, mengemas bilik, dan berehat selepas pulang bekerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Umisya Aslam
2025-10-09 10:51:06

“Tak Baik Cakap Macam Tu Pada Isteri” – Umisya Tegur Aslam Di 'Live' Lepas Guna Panggilan ‘Kau-Aku’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...