May 8th, 2017

Mula menceburi bidang lawak sembilan tahun lepas apabila menjuarai pertandingan Raja Lawak 2, Nabil Ahmad kini akui beliau sudah tidak mahu menjadi pelawak.  Menurut Nabil, adalh lebih baik untuk beliau mengundurkan diri sebelum satu hari nanti dihina kerana sudah tidak mampu untuk menggeletek hati penonton.

Saya sudah tak nak buat lawak (persembahan televisyen). Sekarang ini saya lebih selesa buat pengacaraan. Saya nak buat sesuatu yang baru. Cuba kerja belakang tabir dan buat skrip. Saya mahu orang tengok kebolehan lain yang saya ada. Ada banyak cara nak kembangkan idea sebagai pelawak. Kini saya suka tulis skrip dan tengok orang lain keluarkan lawak saya.

Nabil enggan memalukan dirinya hanya kerana ingin bersaing dengan pelawak baharu yang mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Sebagai pelawak kita kena tahu batasan waktu. Buat apa nak rendahkan maruah diri untuk bersaing dengan orang muda. Saya pernah masuk pertandingan lawak dan tak pernah tersingkir walaupun secara solo. Pencapaian itu tak cukup bagus? Jadi buat apa nak masuk sampai tersingkir? Buat apa tunggu sampai orang dah tak suka.

Untuk pengetahuan anda, Nabil sudah mempunyai syarikat produksinya sendiri iaitu Nabil Productions Sdn Bhd dan bakal tampil dengan sebuah sitkom terbaru tidak lama lagi.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...