Lebih 80 Penduduk Palestin Tunjuk Perasaan Cedera Dibaling Bom Dan Meriam Air

Dunia

Lebih 80 Penduduk Palestin Tunjuk Perasaan Cedera Dibaling Bom Dan Meriam Air

Allahuakbar! Terkini, dunia telah dikhabarkan dengan musibah yang menimpa saudara seislam kita di Palestin.

Kekejaman rejim Zionis Israel terhadap umat Islam di Masjid Al-Aqsa ini ternyata mencetuskan kemarahan ramai pihak susulan pertempuran yang sepertinya tidak berpenghujung.

Difahamkan, kira-kira seramai 80 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran malam kedua dengan polis Israel di Masjid Al-Aqsa di sini, menurut Palang Merah Palestin dalam satu kenyataan.

Kesan dari pertempuran itu, seramai 14 orang dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisement

Insiden itu dikatakan berlaku apabila sekumpulan penunjuk perasaan membantah keputusan mahkamah yang mengusir enam keluarga Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah.

Penunjuk perasaan dikatakan melemparkan batu ke arah polis Israel dan menyalakan api.

lempar api

Polis Israel kemudian bertindak balas dengan melepaskan bom asap dan meriam air.

Semalam, lebih daripada 200 rakyat Palestin dan sekurang-kurangnya 17 polis Israel cedera dalam pertempuran berhampiran Masjid Al-Aqsa, kata pegawai perubatan dan polis.

rakyat palestin bantah

Sabtu lalu, pertembungan yang berlaku di Pintu Gerbang Damsyik di Majid Al-Aqsa itu ketika puluhan ribu umat Islam menunaikan solat tarawih di masjid berkenaan.

Polis Israel juga telah menahan puluhan bas yang membawa jemaah ke masjid, dan sejumlah rakyat Palestin ditangkap susulan insiden, kelmarin.

Semoga dipermudahkan urusan mereka disana, sama-sama kita doakan agar Palestin bebas dari kekejaman rejim Zionis Israel. Allah Maha Berkuasa!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...