Lebih 50% Rakyat Malaysia Ada Minimum 1 Tanda Kulit Sensitif – Kajian

Branded

Lebih 50% Rakyat Malaysia Ada Minimum 1 Tanda Kulit Sensitif – Kajian

Bagi kebanyakan kita yang tidak menghadapi sebarang masalah kulit mungkin menyangka kita mempunyai kulit normal. Tapi pernahkah terfikir sebenarnya kita mungkin ada masalah kulit tanpa disedari?

Jenama nombor satu dalam penjagaan kulit dermatologi di Malaysia, Cetaphil telah diuji pada 32,000 orang berkulit sensitif dalam 550 kajian klinikal. Dalam Tinjauan Kesihatan Kulit 2021 mereka telah mengkaji 6,596 responden dan mendapati sebanyak lebih dari 50% rakyat Malaysia menghadapi sekurang-kurangnya satu jenis kulit sensitif.

Bagi mereka berkulit sensitif, amat penting untuk menggunakan rangkaian penjagaan kulit yang tepat mengikut kesesuaian kulit. Terbaru, Cetaphil mengumumkan pelancaran formula baharu yang telah ditambah baik menerusi sains penjagaan kulit untuk pengguna mereka.

Cetaphil skincare

Untuk itu, produk Cetaphil kini didatangkan bersama wajah dan formula baharu untuk memenuhi keperluan semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Produk ini bebas paraben, sulfat, haruman, bersifat hypoallergenik dan paling penting lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Terbukti secara saintifik

Cetaphil skincare

Produk Cetaphil yang didatangkan bersama wajah dan formula yang lebih baharu adalah produk terlaris, Gentle Skin Cleanser, Oily Skin Cleanser, Moisturising Cream, Moisturising Lotion dan DailyAdvanceTM Ultra Hydrating Lotion. 

Produk-produk ini dirumus dengan 3 bahan utama yang terbukti secara saintifik untuk menguatkan pelindung kulit dan melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif. Niacinamide membantu untuk menguatkan pelindung kulit. Panthenol pula adalah bahan penghidrat yang dapat menenangkan dan mengembalikan kelembapan pada kulit kering. Manakala Gliserin membantu mencegah kekeringan dengan menarik kelembapan untuk menghidrat kulit. 

Melindungi dari 5 tanda kulit sensitif

Cetaphil skincare

Formula yang digunakan adalah terbiodegradasi, bebas paraben, sulfat dan bebas bahan haiwan. Selain bahan yang disokong sains, produk Cetaphil menggunakan bahan semula jadi seperti:

Cetaphil Moisturising Cream mengandungi minyak badam.

Cetaphil Moisturising Lotion mengandungi minyak avokado.

Cetaphil Daily Advance™ Ultra Hydrating Lotion mengandungi Shea Butter.

Cetaphil juga telah mempertingkatkan dan menambah baik inovasi mereka untuk kulit sensitif agar dapat melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif – kekeringan, iritasi, kekasaran, ketegangan dan pelindung kulit lemah.

Analisis kulit dengan Cetaphil

Cetaphil skincare

Bagi membantu pengguna untuk lebih memahami keadaan kulit masing-masing, Cetaphil memperkenalkan penganalisis kulit bagi menjadikan kulit sihat satu realiti. Jom analisis keadaan kulit dengan penganalisis kulit Cetaphil

Keadaan kulit seperti jerawat, bintik hitam, kekeringan dan pelbagai masalah lain akan dianalisis secara terperinci. Kemudian, dapatkan produk penjagaan kulit berdasarkan masalah dihadapi dan juga sampel percuma dari Cetaphil. Imbas kulit korang DI SINI.

Ketahui maklumat lebih lanjut tentang bagaimana formula Cetaphil baharu ini membantu korang mencapai kulit yang lebih sihat, layari https://www.cetaphil.com.my/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...