Lebih 450K ‘Views’, Tips Doktor Ini Untuk Kurangkan Rasa Dahaga Waktu Puasa Dapat Perhatian

Makanan

Lebih 450K ‘Views’, Tips Doktor Ini Untuk Kurangkan Rasa Dahaga Waktu Puasa Dapat Perhatian

Rasa dahaga yang melampau waktu berpuasa memang tak ‘syok’. Sebab itulah kita kena pastikan badan kita dapat ‘hydration’ secukupnya meskipun ketika bulan Ramadan.

Perkongsian seorang doktor di TikTok tentang tips bagi mereka yang berpuasa mendapat perhatian ramai warganet.

Advertisement

Menerusi rakaman itu, doktor bernama Preeyaa Mohan itu berkongsi tentang satu produk yang boleh bantu kita untuk kurangkan rasa dahaga ketika puasa.

Menurut Dr Preeyaa, ‘chia seeds’ dapat membantu membuatkan tahan kenyang lebih lama. Bagi yang tidak tahu, ‘chia seeds’ ini memang tidak asing lagi buat mereka yang mengamalkan diet sihat.

Kerana ia mampu buat kita kenyang lebih lama, ‘chia seeds’ yang berasal dari pokok Salvia Hispanica dari Mexico ini selalu digunakan dalam resipi makanan diet.

Tapi tips yang diberikan Dr Preeyaa ini tidak memerlukan kita untuk masak sebaliknya ia sangat mudah.

Anda cuma perlu campurkan satu hingga dua sudu makan ‘chia seeds’ ke dalam sebotol air masak. Biarkan dalam peti sejuk sehingga ia kembang selama sekurang-kurangnya 20 minit sebelum minum.

‘Chia seeds’ akan membantu badan kita untuk dapat lebih hidrasi.

Perkongsian Dr Preeyaa mendapat respon positif ramai netizen terutamanya bagi mereka yang tidak pernah tahu tentang tips ini.

Ada juga segelintir yang berkongsi tentang bagaimana mereka gunakan ‘chia seeds’ dalam minuman atau makanan mereka.

resepi susu kurma
3 years ago

Nak Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa? Ini Resepi Susu Kurma Mudah & Ringkas!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...