Lebih 400,000 Penjawat Awam Alami Tekanan Emosi

Trending

Lebih 400,000 Penjawat Awam Alami Tekanan Emosi

Apabila kita bekerja, semestinya kita tidak boleh lepas daripada mengalami tekanan, stress dan bebanan. Tak kiralah sama ada pekerjaan kita perlu berurusan dengan orang awam, bekerja di pejabat atau mengendalikan perniagaan.

Agak mengejutkan juga apabila membaca hasil kajian Ceupacs terbaru di mana lebih 400,000 penjawat awam yang merangkumi 25 hingga 30 peratus daripada warga sektor itu didapati mengalami tekanan emosi dengan sebahagiannya mempunyai kad rawatan psikiatri.

Advertisement

penjawat awam

Ini adalah angka yang amat besar dan merisaukan, lebih-lebih lagi penjawat awam di Malaysia perlu berurusan dengan orang ramai di dalam urusan-urusan seperti membuat passport, kad pengenalan, memperbaharui lesen kereta dan sebagainya. Mengikut Presiden CEUPACS, Datuk Azih Muda berkata penjawat awam yang mengalami tekanan emosi merangkumi semua peringkat perjawatan di 700 jabatan dalam semua sektor.

Menerusi data indeks kesejahteraan pekerja sehingga 2019, jumlah penjawat awam yang mengalami tekanan emosi tidak meningkat secara mendadak, namun trend itu tidak juga menunjukkan pengurangan sejak beberapa tahun lepas.

penjawat awam

Katanya lagi, antara faktor yang dilihat menyumbang ke arah tekanan emosi penjawat awam ialah kos sara hidup dan tekanan di tempat kerja. Adakah anda seorang penjawat awam? Benarkah anda mengalami tekanan emosi? Kongsikan di ruangan komen. Sumber FrontDesk.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...