Lebih 4,000 Tan Ikan Salmon Jadi Mangsa Alga, Jejas Jumlah Oksigen Dalam Air

Trending

Lebih 4,000 Tan Ikan Salmon Jadi Mangsa Alga, Jejas Jumlah Oksigen Dalam Air

Sebut sahaja ikan salmon, pasti ramai tahu dengan kelebihan ikan tersebut yang cukup kaya dengan khasiat kan. Bukan itu sahaja, harganya pun boleh tahan mahal. Betul tak?

Pun begitu, baru-baru ini kecoh apabila dikhabarkan lebih 4,200 tan ikan salmon yang menjadi mangsa alga pembunuh di Chile, sekali gus mencatatkan kematian besar-besaran terbaru bagi negara pengeluar salmon kedua terbesar dunia itu. Fuh!

Menurut perkhidmatan perikanan dan akuakultur negara Amerika Selatan itu, puncanya disebabkan alga yang berkembang mengurangkan jumlah oksigen dalam air hingga memberi kesan kepada salmon.

Advertisement

Menurut penyelidikan, fenomena sama ini juga pernah berlaku pada 2016 apabila ribuan tan salmon mati.

Ikan Salmon

Ketika itu, sebanyak 18 kolam salmon di selatan Chile yang menghasilkan sekitar 26 peratus salmon dunia terjejas.

Jurucakap Greenpeace, Mauricio Ceballos, berkata, tidak dapat dinafikan krisis ini terjadi kerana pengaruh pencemaran yang dihasilkan oleh penternakan salmon.

“Terdapat bukti kehadiran ammonium dan urea dari kolam salmon sama ada sedikit boleh memburukkan lagi keadaan”

Tiga jenis alga berbahaya dikesan di 18 kolam di mana 70 peratus ikan mati dikeluarkan.

Bahaya betul Alga ni ya. Bukan sikit sampai 4 tan. Fuh..

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...