Lebih 400 Aduan Sehari Berkaitan i-Sinar Diterima Pemuda UMNO

Trending

Lebih 400 Aduan Sehari Berkaitan i-Sinar Diterima Pemuda UMNO

Susulan pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai pengeluaran tanpa syarat pada minggu lepas, talian hotline i-Sinar Pemuda UMNO menerima 400 hingga 500 mesej aduan setiap hari.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kementerian Kewangan perlu mengambil kira lima isu utama untuk menambah baik proses pengeluaran i-Sinar tanpa syarat setelah aduan tersebut dianalisa.

Advertisement

Sementara itu, beliau juga mencadangkan KWSP untuk mempercepatkan kemas kini sistem permohonan i-Sinar dengan memansuhkan butiran dokumen sokongan kerana rakyat masih keliru sama ada syarat pengeluaran telah dimansuhkan atau sebaliknya.

i-Sinar

“Masih terdapat butiran yang perlu pemohon memuat naik dokumen sokongan, maklumat pengurangan pendapatan, dokumen sokongan untuk pertimbangan bagi meneruskan proses permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat ini”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu kerana menurutnya, kelulusan permohonan perlu dipercepatkan kerana tarikh yang dimaklumkan pada 8 Mac telah mengecewakan rakyat di mana mereka sudah memohon sejak 11 Januari yang lalu.

Tambahan, KWSP atau Kementerian Kewangan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi segera bagi mengumumkan tarikh penting seperti kelulusan permohonan, tarikh proses rayuan permohonan dan tarikh pembayaran yang diterima oleh rakyat.

“Rakyat tidak dapat menukar jumlah pengeluaran pada kadar maksimum secara dalam talian sebaliknya mereka perlu ke kaunter KWSP berdekatan bagi mengisi borang secara manual”.

Beliau berkata ahli KWSP diberi pilihan untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 sekali gus (one-off) setelah permohonan diluluskan kerana ramai yang mengalami tekanan hidup dan ada kalangan yang terpaksa berhutang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...