Meskipun keadaan ekonomi tak menentu, Warung Hasmida di Jalan Lumba Kuda, Kuching masih meletakkan harga serendah RM2 untuk semua jenis menu makanan dan RM1 bagi minuman sejak lebih 30 tahun lalu.
Menurut anak pemilik kedai iaitu Mohd Firdaus Buang, 36, harga murah ditetapkan mereka itu adalah atas kesedaran untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah mengurangkan kos sara hidup.

Kredit: Harian Metro
Ketika mula beroperasi lebih 30 tahun lalu, kedai itu menjual mi Jawa pada harga 50 sen manakala air sirap 20 sen dan kebanyakan pelanggan mereka adalah pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) disebabkan lokasi kedai berdekatan dengan pejabat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Kedai kami memang menjadi tumpuan kerana harga yang ditawarkan memang teramat rendah iaitu hanya 70 sen jika makan sepinggan mi Jawa dan minum sirap.

Kredit: Facebook Warung Hasmida
Beberapa tahun kemudian, pelanggan mencadangkan agar harga makanan digenapkan kepada RM1 dan ibunya bersetuju tetapi harga minuman kekal pada harga 20 sen.
Tetapi selang beberapa lama ada lagi pelanggan mencadangkan minuman dinaikkan kepada 50 sen supaya harga semua makanan dan minum genap RM1.50. Mereka kata harga barangan ketika itu sudah semakin naik menyebabkan kos barang keperluan untuk kedai makan juga naik.
Pelanggan suruh naikkan harga
Saban tahun, mereka sering menerima cadangan daripada pelanggan tetap untuk menaikkan harga makanan dan minuman, kerana kasihan memandangkan harga tidak sepadan dengan kos yang semakin tinggi.
Baru-baru ini, gerai mereka tular di media sosial dan sejak itu makin ramai pelanggan singgah termasuklah pelancong dari luar Sarawak malah ada yang dari Kalimantan, Indonesia.
Ada sekumpulan pelancong dari Semenanjung singgah dan mereka seolah-olah tidak percaya dengan harga yang kami tawarkan sehingga ada antara mereka meminta resit untuk dibawa balik dan ditunjukkan kepada kawan-kawan di sana.

Kredit: Facebook Warung Hasmida
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.