Lebih 30 Tahun Berlakon, Wan Maimunah Ditawarkan Hanya RM200 Untuk Telefilem! Sabri Yunus Respon – “Ini Penghinaan”

Hiburan

Lebih 30 Tahun Berlakon, Wan Maimunah Ditawarkan Hanya RM200 Untuk Telefilem! Sabri Yunus Respon – “Ini Penghinaan”

Baru-baru ini, pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih kerana hanya ditawarkan RM200 untuk membintangi sebuah telefilem, bulan lepas.

Kata pelakon berusia 65 tahun itu, dia masih sayangkan karier lakonan namun kerana bayaran yang ditawarkan tidak setimpal dan sangat rendah membuatkan dia terpaksa tolak.

Advertisement

Lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan.”

Dalam pada itu, pengarah dan penerbit Sabri Yunus tampil menempelak individu atau syarikat produksi yang tergamak menawarkan bayaran rendah kepada Wan Maimunah.

Katanya, tindakan itu dianggap menghina kredibiliti aktres tersebut memandangkan dia mempunyai banyak sumbangan dan jasa dalam industri lakonan di Malaysia.

Kak Wan seorang pelakon yang boleh menjayakan pelbagai watak. Jangan buat penghinaan sebegini, lagi baik tak payah ambil berlakon.”

Sabri turut mengingatkan pelakon veteran lain untuk tidak sesekali menerima tawaran rendah sebegitu kerana ia jelas menghina diri sendiri dan kemampuan mereka untuk membawakan pelbagai jenis watak.

2 years ago

"Ada Orang Kata Saya B*doh" - Wan Maimunah Terkilan Terpaksa 'Mengemis' Minta Bayaran Dari Pihak Produksi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...