“Lebih 30 Hari Saya Sengsara..” Elfira Loy Dedah Pernah Jadi Perhatian ‘Anak Bunian’ Ketika Penggambaran

Hiburan

“Lebih 30 Hari Saya Sengsara..” Elfira Loy Dedah Pernah Jadi Perhatian ‘Anak Bunian’ Ketika Penggambaran

Pelakon popular, Elfira Loy pernah berdepan pengalaman menyeramkan ketika menjalani penggambaran drama Qalesya, apabila dipercayai menjadi ‘perhatian’ makhluk halus sepanjang lebih sebulan berada di lokasi.

Lebih 30 hari terseksa

Dalam satu episod podcast Sembang Seram, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkongsi kejadian tersebut yang berlaku ketika penggambaran dijalankan di sebuah chalet terpencil dalam kawasan hutan di Hulu Langat.

Advertisement

elfira loy

Lebih 30 hari saya berlakon dan lebih 30 hari juga saya sengsara nak lawan ‘benda’ tu.

Menurut Elfira, insiden itu bermula apabila dia bergambar berdekatan sebatang pokok pada waktu senja, tanpa menyedari tindakannya itu menarik perhatian makhluk dari alam lain

Saya memang suka pokok dan bunga. Pada satu petang, saya ambil gambar dekat pokok dan masa tu nak dekat Maghrib. Esoknya saya mula rasa lain macam, gelisah, panas dan penat sangat sepanjang penggambaran.

Gangguan yang dialami Elfira itu semakin serius apabila seorang lelaki yang arif dalam hal mistik memaklumkan dirinya sedang diperhatikan oleh beberapa ‘anak bunian’ yang telah ‘tertarik’ dengannya.

elfira loy

Abang tu selalu tanya saya okay ke tak. Satu hari dia berdiri belakang saya, katanya dia rasa panas. Dia cakap ada anak-anak bunian ikut saya. Mereka suka saya.

Nama watak sama dengan puteri bunian

Tambah Elfira, kejadian itu turut dikaitkan dengan lokasi dia bergambar, yang dipercayai merupakan ‘port’ atau tempat permainan makhluk halus tersebut.

Saya baru teringat, saya ambil gambar dekat pokok buluh. Katanya tempat tu anak-anak bunian duduk dan bermain. Mereka tertarik dengan saya, anggap saya kawan mereka.

Apa yang lebih mengejutkan adalah gangguan itu dipercayai turut berpunca daripada nama watak yang dibawanya dalam drama tersebut, yang kebetulan sama dengan nama puteri dalam dunia bunian.

Watak saya nama dia macam nama puteri mereka. Sebab tu mereka nak ikut saya. Mereka nak saya jadi puteri mereka.

Pelakon itu turut memaklumkan gangguan tersebut memberi kesan terhadap emosinya sehingga menyebabkan dia rasa lemah dan hilang tenaga bukan hanya dari fizikal tetapi juga dari segi rohani.

@sembangseram lepasni nk amik gambar kena hati2 weh🥹 #Elfiraloy #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast ♬ original sound – sembangseram

Elfira Loy nafi rumah tangga bergolak
6 months ago

Elfira Loy Nafi Hubungan Rumah Tangga Dengan Suami Goyah - "Suka Sangat Buat Fitnah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...