Sebanyak 142,535 kes kehilangan kad pengenalan direkodkan tahun lalu, membabitkan 50 peratus daripada keseluruhan 285,568 kes, dan majoritinya melibatkan golongan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyifatkan angka tersebut sebagai sangat membimbangkan kerana kad pengenalan merupakan dokumen penting yang memberikan akses kepada pelbagai urusan rasmi.

gambar hiasan
Untuk golongan belia, daripada jumlah kes kehilangan kad pengenalan, lebih 136,000 kes adalah akibat kecuaian dan jumlah ini cukup besar.
Jadi. golongan belia apabila mereka cuai akan terjadi risiko kecurian identiti dan penipuan, kedua menyebabkan kesulitan urusan rasmi, ketiga adalah kos (denda penggantian kad pengenalan baharu) dan masa penggantian serta akhir sekali mengakibatkan tekanan emosi.
Menurut portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Bagi warganegara, seseorang itu perlu membayar sejumlah RM110 meliputi kedua-dua bayaran bagi kehilangan kali pertama, RM310 untuk kehilangan kali kedua dan RM1,010 untuk kehilangan kali ketiga dan seterusnya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.