Lebih 2,500 Artwork Cetakan Blok Kayu Dari Artis Jepun Sedia Untuk Di Muat Turun Secara Digital

Trending

Lebih 2,500 Artwork Cetakan Blok Kayu Dari Artis Jepun Sedia Untuk Di Muat Turun Secara Digital

Ukiyo-e adalah lukisan blok kayu yang melambangkan keunikan lukisan Jepun yang telah berkembang pada zaman Edo. Ia juga dikenali sebagai Nishiki-e iaitu cetakan berwarna kerana dicetak dalam pelbagai warna menggunakan pelbagai jenis blok kayu. Ukiyo-e adalah lukisan tentang zaman kini ataupun gambaran tentang keadaan semasa dan ini menyebabkan ianya sangat popular.

Advertisement

Blok kayu menggambarkan kehidupan seharian manusia dan wanita yang cantik, pemandangan, landskap, adat, dan lain-lain dengan menggunakan kayu daripada pokok ceri yang tebal serta menggunakan dakwat berwarna hitam, kulit kerang yang berwarna putih dan sebagainya. Pelukis Ukiyo-e yang terkenal adalah seperti Kitagawa Utamaro, Katsushika Hokusai, Ando Hiroshige dan lain-lain lagi.

Library of Congress telah mengumunkan lebih daripada 2,500 artwork cetakan blok kayu dari artis Jepun sudah boleh dimuat turun secara digital melalui lama web mereka. Karya tersebut merupakan karya yang dihasilkan pada kurun ke 17 hingga ke 20 oleh artis yang terkenal seperti Hiroshige, Kuniyoshi, Sadahide, dan Yoshiiku.

Untuk download artwork ni. Boleh pergi ke webiste Library of Congress

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...