Lebih 2,000 Hadir Serikan Rumah Terbuka KFC Shah Alam – Raya Jadi Lebih Meowriah!

Branded

Lebih 2,000 Hadir Serikan Rumah Terbuka KFC Shah Alam – Raya Jadi Lebih Meowriah!

Bila sebut pasal Raya, tak meriahlah tanpa sambutan rumah terbuka kan? Tahun ni KFC bawakan Rumah Terbuka Paling Meowriah di 5 lokasi terpilih seluruh Malaysia, siap ada hidangan lazat, aktiviti menarik dan special surprise untuk pengunjung!

Kami berkesempatan menghadiri rumah terbuka di lokasi pertama KFC di DT Extreme Park Shah Alam. Apa kami boleh cakap memang fun habislah rumah terbuka ni dengan sambutan luar biasa lebih 2,000 pengunjung yang hadir untuk sama-sama meraikan semangat Syawal dengan penuh rasa kasih dan Kepci!

Rakyat Malaysia Buktikan Raya Lebih Meriah Bila Diraikan Bersama

Seawal jam 2 petang, suasana sekitar KFC DT Extreme Park, Shah Alam dah mula meriah dengan kehadiran famili bersama anak kecil, pasangan muda, warga emas dan juga petugas barisan hadapan yang diraikan khas oleh KFC. Pstt.. Abang bomba pun ada sekali tau!

Lebih istimewa, KFC turut menjemput penghuni dari Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah sebagai tetamu istimewa untuk Rumah Terbuka KFC, bagi bersama-sama menikmati kemeriahan Raya.

Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah

 Pelbagai Aktiviti & Kejutan di Rumah Terbuka KFC

Kalau korang ingat Rumah Terbuka KFC ni sekadar makan ayam je, korang silap besar, sebab banyak sangat aktiviti menarik yang menceriakan suasana semalam di Shah Alam semalam!

Antara yang mencuri tumpuan adalah persembahan istimewa daripada kumpulan busker tempatan, The Vindorado’s, yang berjaya memikat hati pengunjung dengan alunan lagu-lagu raya dan pop santai.

Seronok pula dapat bersantai raya ni sambil menikmati keenakan ayam goreng panas KFC.

KFC juga ada buat kejutan menerusi ‘Spice of Surprise’- aktiviti kejutan yang buat ramai pengunjung tersenyum lebar! Beberapa tetamu bertuah berjaya bawa pulang hadiah misteri dan baucar istimewa daripada KFC.

Raya Meowriah Lebih Rare dengan Koleksi Terbaru

Kemeowriahan rumah terbuka KFC diteruskan dengan pelancaran edisi terbaru KFC Raya Meowriah Collection, koleksi eksklusif yang comel, rare dan hanya boleh didapati di acara rumah terbuka ni je!

Menariknya, koleksi ini adalah hasil tangan peniaga tempatan, jadi bila korang beli, korang turut menyokong usahawan kita sendiri.

Kalau datang Rumah Terbuka KFC, korang jangan terkejut kalau nampak model-model kucing berbulu gebu berjalan sakan dengan busana Meowriah mereka ya, KFC bawakan penampilan khas cat models yang tampil menggayakan koleksi edisi raya terbaru ini secara langsung di lokasi!

Tak lengkaplah raya tak kalau si comel pun tak beraya sekali kan?!

Rumah Terbuka KFC- Penuh Warna, Rasa & Kasih

Cara berkongsi rezeki KFC ni unik betul, bukan sahaja melalui hidangan makanan, tetapi juga dengan menyokong usahawan tempatan dan artis komuniti, menjadikan setiap rumah terbuka ini lebih bermakna dan penuh nilai.

Shah Alam dah rasa, kini giliran korang pula di lokasi seterusnya untuk alami sendiri kemeowriahan yang penuh kasih dan kepci ni!

Kalau korang terlepas acara Rumah Terbuka di Shah Alam, jangan risau – Jelajah Rumah Terbuka KFC akan diteruskan ke empat lagi lokasi seluruh negara.

Jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri kemeriahan suasana dan bawa balik memori indah bersama keluarga dan komuniti!

Lokasi dan Tarikh Rumah Terbuka KFC Seterusnya:

-18 April – KFC Indera Mahkota, Pahang

-20 April – KFC Stulang Laut, Johor

-24 April – KFC Jalan Stadium, Kedah

-27 April – KFC Bandaran KK Utara DT, Sabah

Datang awal tau, sebab ramai dah standby nak meriahkan Raya bersama Kepci ni!

Jangan Lepaskan Peluang untuk Rasai Sendiri Raya Meowriah Ini

So, tunggu apa lagi? Save tarikh untuk lokasi seterusnya Rumah Terbuka KFC yang berdekatan dengan korang dan jangan lupa ajak keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga untuk join sekali!

Maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram KFC Malaysia dan laman web rasmi www.kfc.com.my.

*Tertakluk pada terma & syarat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...