Lebih 200 Mayat Dijumpai, Lelaki Duduk ‘Seat’ 11A Mangsa Tunggal Terselamat Dalam Nahas Air India

Berita

Lebih 200 Mayat Dijumpai, Lelaki Duduk ‘Seat’ 11A Mangsa Tunggal Terselamat Dalam Nahas Air India

Sebuah pesawat yang membawa 244 penumpang terhempas semasa berlepas dari bandar Ahmedabad, barat laut India, hari ini.

Polis tempatan melaporkan hanya satu mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.

Advertisement

Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang penumpang lelaki yang duduk di tempat duduk 11A kini sedang menerima rawatan di hospital.

mangsa tunggal terselamat dalam nahas air india

Sehingga kini, belum jelas bagaimana dia berjaya terselamat dalam nahas dahsyat melibatkan pesawat Boeing 787-8 Dreamliner yang dalam perjalanan ke London.

Pesawat tersebut merempuh sebuah asrama kolej perubatan di pinggir bandar Ahmedabad sebelum terbakar.

Setakat malam ini, pasukan penyelamat telah menemui lebih 200 mayat di lokasi kejadian.

Pesawat itu terhempas di kawasan kejiranan, namun masih belum dipastikan sama ada ada penduduk yang maut atau cedera.

Dalam kejadian itu, pesawat yang dianggap antara yang paling selamat itu membawa 169 rakyat India, 53 warga Britain, seorang warga Kanada, dan tujuh warga Portugal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

air india terhempas
3 weeks ago

(TERKINI) Detik-Detik Pesawat Air India Terhempas, Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Telegraph

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...