Lebih 1,000,000 Pengguna Dilapor Tinggalkan Maxis

Trending

Lebih 1,000,000 Pengguna Dilapor Tinggalkan Maxis

maxis_600Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor telah kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.
Walaupun syarikat itu mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan MAXISOne baharu tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.

Advertisement

Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu, laport FMT.

Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.

Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta. Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.

Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah ‘makan’ pasaran MAXIS. “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka.

Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka,” kata ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara yang dipetik akhbar itu. Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.

Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 orang sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.

Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang video Facebook secara langsung pada 8 April lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

19 Comments

  1. ida

    May 21, 2016 at 5:07 pm

    Memperkenalkan simkad yg boleh menjana pendapatan sampingan kpd anda.Jom menjadi pengguna Simkad Tune Talk Tone Plus..byk benefit yg anda dapat..setiap kali anda topup dan rakan2 anda top up, anda akan dapat komisen 3%-17% drpd jumlah top up..dpt point jgk setiap Kali anda topup, boleh tebus ticket Air Asia, hand phone dll..PA insuran kemalangan RM100k PERCUMA (bulanan/rm50) ..dan pelbagai lg.(term & condition)
    Untuk maklumat lanjut. Hubungi sy di 012 9367160 (Ida)

  2. Anonymous

    April 24, 2016 at 11:43 pm

    XOX terbaik..