Lebih 100,000 Warga Bangladesh Langgar Perintah Berkurung Hadiri Pengebumian Imam Terkenal

COVID-19

Lebih 100,000 Warga Bangladesh Langgar Perintah Berkurung Hadiri Pengebumian Imam Terkenal

Susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara, Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung sejak 26 Mac yang lalu bagi membendung penularan wabak itu.

Tetapi baru-baru ini, puluhan ribu rakyat Bangladesh telah melanggar arahan perintah berkurung dan menghadiri satu majlis pengebumian di sana.

Orang ramai berpusu-pusu menghadiri upacara pengebumian imam terkenal, Jubayer Ahmad Ansari ketika kerajaan bergelut membendung peningkatan mendadak kes coronavirus itu.

Advertisement

Pada awalnya, pihak polis telah memberikan persetujuan kepada pihak keluarga untuk membenarkan hanya 50 orang menghadiri upacara itu.

Tetapi Ketua Polis Darali, Shahadat Hossain memberitahu pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa apabila begitu ramai yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir mereka. Orang ramai membanjiri kawasan majlis pengebumian sehinggakan ianya sesak tanpa sebarang ruang jarak antara satu sama lain.

Pembantu kepada Perdana Menteri maklumkan lebih 100,000 orang telah hadir di dalam upacara pengebumian itu.

bangladesh

bangladeshPuluhan ribu orang membanjiri jalan raya ke daerah Brahmanbaria dan berjalan dari kawasan sekitarnya untuk menghadiri majlis pengebumian itu menurut Mohammad Mamunul Haque, setiausaha agung bersama parti Islam itu.

Polis tidak dapat mengawal orang ramai mengakibatkan pegawai yang bertugas dan penolong penguasa menarik diri daripada acara itu.

Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk memulakan siasatan mengenai bagaimana orang ramai diizinkan untuk berkumpul, menurut jurucakap pasukan polis.

Jabatan Kesihatan berkata jangkitan COVID-19 meningkat lebih 300 kes pada Sabtu lalu menjadikan jumlah keseluruhan 2,200 kes manakala sembilan lagi kematian dicatatkan dengan jumlah keseluruhan 84 orang maut setakat ini.

Namun, pihak berkuasa mengakui jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi berikutan kekurangan kit ujian dan kemudahan bagi memeriksa lebih ramai orang.

Artikel berkaitan: Bangladesh Adakan Perhimpunan Disertai 25,000 Orang Bagi Mendoakan Dunia Selamat Dari COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...