Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 1,091 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia direkodkan menghidap HIV bagi tempoh 2020 hingga 2024.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 222 kes baru direkodkan pada tahun lepas.
Lebih membimbangkan adalah majoriti kes itu membabitkan remaja usia 18 dan 19 tahun menunjukkan pendedahan awal terhadap aktiviti berisiko seperti tanpa perlindungan, perkongsian jarum dan penyalahgunaan bahan terlarang.
Kata Lukanisman, peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT merupakan petanda jelas bahawa intervensi lebih agresif perlu dilaksanakan.

Kredit: BERNAMA
Ini termasuklah mempertimbangkan strategi pengurangan kemudaratan (‘harm reduction’) yang disesuaikan untuk golongan belia.
Antara langkah awal yang diperkenalkan ialah penggunaan Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) yang merupakan alat pencegahan HIV dan kajian menunjukkan bahawa PrEP boleh mengurangkan risiko jangkitan apabila diambil secara konsisten.
Lukanisman bagaimanapun akui KKM berdepan cabaran besar untuk menyediakan akses ujian saringan kendiri kepada remaja bawah umur.
Ujarnya, apa yang menjadi masalah adalah kerana akses kepada ujian kendiri bagi remaja bawah umur ini tidak mempunyai satu perundangan khusus.
Kita memerlukan kebenaran ibu bapa untuk menjalankan ujian kendiri dan juga kebenaran untuk mendapatkan rawatan. Ini agak menyukarkan remaja-remaja yang ingin tampil ke hadapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.