Lebih 100 Sekolah Di Arah Tutup Akibat Pencemaran Udara Semakin Gawat

Trending

Lebih 100 Sekolah Di Arah Tutup Akibat Pencemaran Udara Semakin Gawat

Sebagaimana yang kita tahu, sebelum ini hanya 34 buah sekolah sahaja ditutup, namun akibat pencemaran udara yang semakin gawat menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan 111 buah sekolah di arah tutup.

Kes pencemaran toksik yang masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan jumlah kes baharu meningkat apabila pelajar dari beberapa lagi sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih kerana mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Advertisement

Isu ini sangat serius kerana ia membabitkan nyawa guru dan pelajar serta pekerja sekolah. Jadi, tarikh pembukaan sekolah akan diberitahu kelak.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, lebih 500 orang awam termasuk guru, dan pelajar daripada lebih 30 buah sekolah di daerah itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital selepas terdedah dengan gas toksik akibat daripada pencemaran itu.

Seramai 166 mangsa telah dimasukkan ke dalam wad, sembilan daripada mereka berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad.

menurutnya lagi, pihaknya menggerakkan enam pasukan klinik kesihatan; dua ambulans dan dua pasukan dari HSI serta dua ambulans dan pasukan daripada Hospital Sultanah Aminah. bantuan ambulans buka kerajaan juga menangani pesakit yang terjejas dalam kejadian itu.

Selain itu, klinik bergerak juga ditempatkan di Taman Mawar dan taman Pasir Putih untuk memberikan rawatan awal kepada pesakit.

Turut diingatkan kepada orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan Pasir Gudang untuk melakukan pencegahan dengan mengelak daripada berada di kawasan kejadian serta memakai topeng muka jenis R95.

Berikutan dengan penutupan sekolah tersebut, Kementerian Pendidikan berkata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah yang terlibat boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Pasir Gudang selepas jam 10 pagi atauhanya menyemak keputusan melalaui mySMS 15888.

 

Sumber : thestar,benarnews

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...