Sebuah wilayah di Sweden dilaporkan mengadakan pesta seks yang dihadiri ramai orang terutama golongan muda. Pesta yang diadakan di Molkom itu mendapati lebih 100 peserta dijangkit Covid-19.
Menurut laporan The Sun, pihak polis dihubungi penduduk tempatan yang marah kerana pesta seperti itu bebas diadakan tanpa kawalan. Ini juga membuatkan penduduk setempat bimbang wabak membunuh itu akan tersebar dengan cepat.
Penganjur pesta seks ini bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf kepada penduduk setempat. Semua peserta juga diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah dan ada juga yang dimasukkan ke hospital.
Untuk makluman, seluruh dunia pada waktu ini sedang berhadapan dengan varian Delta dan ia amat mudah dijangkiti berbanding versi dahulu. Varian Delta ini turut merebak di Sweden dan jika peserta didapati bersalah, mereka boleh didenda atau penjara selama dua tahun.
Diharapkan kejadian seperti ini tidak berlaku di Malaysia. Ini kerana kita amat bimbang jika ada kelab malam atau pusat hiburan yang beroperasi secara sembunyi dan ini boleh menyebabkan kadar jangkitan meningkat dengan cepat.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara