Lebih 100 Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Terapung Di Sungai

COVID-19

Lebih 100 Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Terapung Di Sungai

Berikutan wabak penyakit Covid-19 semakin meningkat di India, puluhan mayat dikesan terapung di Sungai Ganges apabila terdapat saksi memaklumkan yang lebih 100 mayat dibuang di sungai besar di negeri Bahir manakala puluhan yang lain terapung di Sungai Yamuna di Uttar Pradesh, lapor The Mirror.

Dalam rakaman yang diambil dari sungai menunjukkan separuh mayat yang dibakar dihanyutkan oleh air manakala mayat yang lain dibalut dengan kain kafan.

Advertisement

Menurut sumber, kesemua mayat di sungai itu sudah terapung lebih kurang lima hingga tujuh hari. Tambahnya, mayat-mayat tersebut bukan daripada kawasan mereka kerana mereka tidak mempunyai tradisi membuang mayat di sungai.

Ini disebabkan susulan negara India berdepan dengan jumlah jangkitan wabak Covid-19 yang tinggi dengan jumlah kematian sebanyak 250,000.

Jumlah angka kematian yang besar ini menyukarkan kepada ahli keluarga untuk mencari tempat pemakaman ahli keluarga mereka yang terkena wabak Covid-19.

“Orang miskin terpaksa membuang begitu sahaja mayat ahli keluarga mereka ketika tengah wabak ini”

Menurut seorang doktor di Uttar Pradesh, perkara ini merupakan ancaman besar untuk penduduk setelah melihat mayat-mayat dibuang ke dalam sungai.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...