Lebaran Lebih Bermakna Apabila Kebahagiaan Dikongsi Bersama

Branded

Lebaran Lebih Bermakna Apabila Kebahagiaan Dikongsi Bersama

Sedar tak sedar, dah lebih setahun kita ‘terperangkap’ dengan kitaran hidup yang baru. Rasa macam kesemua rutin harian kita berubah 180 darjah dengan tiba-tiba, termasuklah hubungan bersama rakan-rakan.

Terimbau pula kenangan keluar melepak bersama dan meluangkan masa berjam-jam sambil bergurau senda tanpa mengira keadaan. Tapi kini, hanyalah jadi angan-angan. Tambahan pula apabila hari raya yang bakal menjelma ini membuatkan anda semakin sendu teringatkan budaya menziarahi rumah teman rapat untuk bermohon maaf dan bergembira.

koleksi wonderaya

Malah ada rakan yang terpaksa akur dengan kekangan untuk pulang ke kampung halaman kerana tuntutan kerja dan juga peraturan semasa. Kasihan kan dengan mereka? Mesti anda pun runsing memikirkan cara untuk menggembirakan hati mereka di pagi lebaran nanti.

Koleksi WondeRaya jawapan buat anda

koleksi wonderaya

Tak payah pening kepala nak fikirkan hadiah terbaik buat rakan-rakan, sebab #MYWonderLab dah sediakan alternatif terbaik buat anda. Semasa di pagi raya, semestinya semua umat Muslim mahu tampil dengan gaya yang terbaik kan?

Sebab itulah Koleksi WondeRaya yang ditampilkan khas sempena sambutan Aidilfitri akan datang ini akan membuatkan si pemakainya jadi ekstra anggun dan menawan. Semua mata pasti akan tertancap pada dirinya sahajalah, sampai tak nampak lemang dan rendang di atas meja makan.

koleksi wonderaya

Lagi mantap dan ‘rare’, Koleksi WondeRaya dihiasi dengan dua item hasil daripada kolaborasi dengan nama terkenal iaitu Jovian Mandagie dengan Jovian Ready-To-Wear (RTW) untuk #WONDERLABxJOVIAN dan AFIYA, jenama hijab daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza bagi #WONDERLABxAFIYA.

Mana nak dapat set hijab premium sekali dengan penjagaan muka, hanya Koleksi WondeRaya sahaja yang menitikberatkan penampilan wanita secara keseluruhan.

Istimewanya Koleksi WondeRaya ini kerana setiap set didatangi dengan kombinasi produk penjagaan yang berlainan termasuklah dengan hijab premium percuma daripada Jovian dan AFIYA, sampul raya edisi terhad daripada WonderLab serta hadiah-hadiah lain yang bernilai hingga RM240.

1. Glowing Skin Set

Dapatkan seri anda pada Aidilfitri

Pada harga RM180 sahaja, set #GlowingSkinSet dilengkapi dengan Beautéssence™ yang membantu merangsang keremajaan sel sekaligus menyahkan toksin daripada badan. Ianya turut didatangi dengan WonderDewi 7-Day Wonder Kit yang akan memanjakan kulit si pemakai menerusi 4 jenis mask harian.

Yang penting, set ini juga turut disertai dengan hijab AFIYA, sampul raya WondeRaya dan hadiah percuma daripada WELL NATURE.

koleksi wonderaya

2. Flawless Skin Set

Sambut kedatangan Aidilfitri seperti seorang Dewi

Dengan WonderDewi 14-Day Wonder Kit, WonderDewi Moonlight Hydrogel Masks dan Haruharu WONDER Black Rice Hyaluronic Essence di dalam #FlawlessSkinSet, pastinya akan meng’up’kan rutin penjagaan kulit sekaligus membantu anda kelihatan seperti Dewi apabila lebaran tiba nanti. Murah sangat, RM270 sahaja!

Tak cukup dengan itu, set ini juga didatangi dengan hijab Jovian, sampul raya WondeRaya dan hadiah percuma daripada Haruharu WONDER.

koleksi wonderaya

3. Protected Skin Set

Kulit bersih untuk penampilan di hari raya

Belanja RM280 sahaja untuk #ProtectedSkinSet, anda dah boleh miliki WELL NATURE Moisture Deep Cleansing Water, WELL NATURE Moisture Whipping Cleansing Foam dan WELL NATURE Moisture Seed Lip Care Set. Kombinasi ini dijamin akan membuatkan kulit wajah anda bersih daripada segala kotoran dan pencemaran. Tak payah khuatir nak ambil gambar #OOTD dengan dekat ketika Aidilfitri nanti.

Tambahan pula, set ini dilengkapi dengan hijab Jovian, sampul raya WondeRaya dan hadiah percuma daripada WELL NATURE. Syoknya!

koleksi wonderaya

Rugi yang amat kalau anda buat leka sahaja dengan promosi hebat Koleksi WondeRaya ini. Bukan sahaja dapat pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit daripada WonderLab dengan harga yang berbaloi, malah dapat hijab premium daripada Jovian dan AFIYA dan hadiah percuma lagi. Mana nak dapat tawaran hebat macam ini lagi, seperti bulan jatuh ke riba sangat.

3 set daripada Koleksi WondeRaya ini ialah edisi terhad tahu, jadi kena cepat-cepat dapatkannya. Confirm rakan anda akan tersenyum lebar sampai telinga kalau diberikan hadiah daripada mana-mana set ini. Kebahagiaan kan lagi seronok dikongsi, tambahan pula di hari yang mulia nanti.

Bagi dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai promosi Koleksi WondeRaya ini, anda boleh melawat laman web rasmi #MYWonderLab dan media sosial seperti Instagram dan Facebook.

#RayaBergayaBersamaWonderLab di Aidilfitri ini okay?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...