“Lebai Oh Lebai..” – Samakan Syamsul Yusof Dengan Nabi, Asiah Jalil Dilabel Kurang Ajar Oleh PU Syed

Hiburan

“Lebai Oh Lebai..” – Samakan Syamsul Yusof Dengan Nabi, Asiah Jalil Dilabel Kurang Ajar Oleh PU Syed

Bukan sahaja para suami menjadi mangsa bebelan isteri di atas tindakan Syamsul Yusof bernikah kali kedua tanpa pengetahuan isteri pertama, tetapi kecoh hari ini apabila peguam kontroversi Asiah Abd Jalil telah menyamakan pengarah itu dengan Rasulullah S.A.W sehingga mendapat tumpuan PU Syed.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Asiah dilihat mengaitkan perbuatan Syamsul Syed dengan perbuatan ataupun sunnah nabi.

Advertisement
Asiah JalilSumber : Facebook  

Dalam hantaran itu, Asiah menulis beberapa ayat yang seolah-olah menghina Rasulullah S.A.W apabila menyentuh hal poligami.

Perkara tersebut kemudian mendapat perhatian PU Syed di mana dia menganggap kenyataan Asiah itu merendahkan martabat nabi.

Kurang ajar sungguh kamu hina Nabi Muhammad Sallahu’Alaihi Wassalam!!. Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Jabatan Agama Islam Pahang PDRM ambil tindakan.

Tambah PU Syed, Asiah sudah lama sesat dan menyesatkan manusia dengan fahaman songsang tentang agama Islam dan ajarannya kepada orang ramai dan tidak perlu diberi muka lagi.

Tidak berdiam diri, Asiah kemudiannya membalas kecaman Asiah dan menasihati agar pendakwah itu mendalami surat At-Tahrim dalam Al-Quran sebelum menuduhnya sebagai nabi.

“Lebai pernah baca surah At-Tahrim? Baca tafsir, baca asbabun nuzul. Buka Al-Quran wahai lebai..” tulis Asiah di bahagian komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PU Syed Afgan peluk
1 year ago

“Macam Takde Maruah” - Wanita Dikecam Peluk Afgan Di Konsert, PU Syed Beri Nasihat ‘Pedas’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...