August 10th, 2010

Penat memang penat tapi semalam selepas seharian menghabiskan masa di KLIA, kira-kira jam 12 tengah hari Abang Nara pun bergerak naik bas pergi ke LCCT. Kali ini nak terokai kedai-kedai shopping di LCCT pulak bersempena dengan program Indulge Till You Fly.

lcctg

Oh ye terlupa nak cakap semalam yang walaupun korang tak dapat nak masuk tempat barangan Duty Free untuk beli barang dengan harga murah, kedai-kedai kat luar KLIA dan LCCT pun tengah ada sale sekarang. Jadi kalau ada makcik-makcik yang nak pergi umrah sempena Ramadan nie, Abang Nara galakkan korang bawak duit lebih masa hantar diorang kat airpot. Jom kita ushar apa yang ada kat LCCT pulak.

1. LCCT Emporium – nama pun emporium so memang semua benda ada kat sini. Untuk coklat lover, segala jenis coklat ada untuk ada beli dan ratah bila balik rumah nanti.

lcct

2. Starbucks dan OldTown White Coffee – flight bibik anda dari Jakarta ditunda? Daripada tensen duduk menunggu kat arrival, baik korang pekena kopi dulu. Hilang sikit stress tue.

lcct

3. Restoran yang best-best macam Passage Through India dan Taste Of Asia – kalau perut rasa kelaparan, jangan risau sebab banyak kedai makan kat sini. Fast food macam McD, KFC dan Marrybrown pun ada. So tak perlu bimbang kebuluran.

lcct

4. Eraman Duty Free Shop – kalau anda ada flight ataupun baru turun daripada flight, inilah tempat terbaik untuk bershopping. Macam-macam ada. Rokok ada, perfume ada, coklat ada. Semuanya lebih murah daripada harga kat shopping kompleks biasa.

eraman lcct

Abang Nara letak sekali beberapa keping gambar yang sempat disnap time kat Eraman Duty Free Shop.

eraman lcct

lcct

lcct

Oh ye anda tak perlu risau jika tiba-tiba duit anda tak cukup kerana di LCCT ada banyak mesin ATM dan money exhange. So ingat ye kalau next time anda pergi ke KLIA atau LCCT, don’t forget to Indulge Till You Fly. Enjoy ~~~


Comments are closed.

Loading...