Lazat dan Lestari. Ini Sebab Mengapa Semua Orang Beralih ke Makanan Berasaskan Tumbuhan

Branded

Lazat dan Lestari. Ini Sebab Mengapa Semua Orang Beralih ke Makanan Berasaskan Tumbuhan

Pengguna Market Pulse Global Data 2020 menunjukkan, hampir 50 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai matlamat mengurangkan pengambilan daging dan dijangka trend ini bakal meningkat pada tahun 2021 dan tahun seterusnya.

Sekarang, banyak kafe dan restoran menawarkan menu berasaskan tumbuhan. Perkembangan ini bukan sekadar gaya dan ikutan, ia juga amalan yang lebih mesra alam, lazat serta bernutrisi.

Nak lebih mudah? Sekarang ada menu berasaskan tumbuhan dari Marina. Jenama ini bermula dengan produk berkualiti Tempura Chicken Nugget dan sekarang ada alternatif berasaskan tumbuhan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Kenapa pilih menu berasaskan tumbuhan?

Ramai yang mula memilih makanan berasaskan tumbuhan sebagai sumber protein bagi memastikan sumber makanan lestari. Ini penting bagi keseimbangan ekosistem.

Siri Plantbites dari Marina membawakan pilihan baru makanan dari protein tumbuhan untuk seisi keluarga.

Marina Plantbites Nuggets, Popcorn dan Fingers kini menjadi snek kegemaran keluarga Malaysia, belum cuba? Mungkin inilah masanya jadi kegemaran keluarga anda pula!

Apa istimewanya Marina Plantbites?

Marina Plantbites bukan sahaja enak dinikmati, yang penting produk ini juga bebas kolesterol menjadikannya pilihan yang lebih baik. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mementingkan pengambilan gizi seimbang.

Semua orang tahu kepentingan fiber dalam pemakanan bagi melancarkan sistem penghadaman. Marina Plantbites juga kaya dengan nutrien penting ini. Lazat dan seimbang, semestinya wajib cuba!

Seperti namanya Plantbites, produk ini bebas daging 100% untuk mereka mementingkan keseimbangan gizi dan memilih protein dari tumbuhan.

Dapatkan Marina Plantbites ini di Sunshine (Penang), Econsave (Pantai Barat Malaysia), Aeon Big, Urban Marketplace dan Family Store (Melaka) dan rasa sendiri keenakannya.

Untuk info dan promo terkini, jangan lupa ikuti Marina Food di Facebook dan Instagram. Lawati website FFMB untuk maklumat lebih lengkap.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...