Lazada ; Kedai Online Yang Paling Banyak Dicari Tahun 2017. Shopee Pula Pesaing Terdekatnya

Trending

Lazada ; Kedai Online Yang Paling Banyak Dicari Tahun 2017. Shopee Pula Pesaing Terdekatnya

Menurut laman web meta carian iPrice, syarikat jualan online Lazada adalah merupakan jenama e-dagang yang paling banyak dicari pada tahun 2017. Berbanding tahun 2016, Lazada telah berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 62.9 peratus di dalam minat untuk mencari barangan di laman web mereka.

Advertisement

Selain daripada fakta di mana Alibaba memegang majoriti saham Lazada, mereka merupakan pemenang utama kepada acara-acara jualan e-dagang yang besar, terutamanya yang dimulakan oleh gergasi besar China seperti jualan 12.12 dan 11.11 (jualan sehari).

Dalam pengumuman terkini, Lazada dilaporkan berjaya menutup kempen jualan mereka dengan hasil nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM1.02 bilion, dimana mereka berjaya memecahkan rekod sebelumnya iaitu sebanyak RM0.5 bilion.

Menurut iPrice lagi, Shopee adalah merupakan syarikat e-dagang yang termuda dan berkembang paling pesat di dalam pasaran. Shopee merupakan pesaing terdekat kepada Lazada buat masa terkini di dalam bidang e-dagang.

Shopee dilaporkan membuat peningkatan sebanayak 5 kali ganda tahun ini jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya – menjadikannya pesaing serius bagi Lazada yang merupakan peneraju pasaran buat masa kini, tambah iPrice lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...