Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, diakui bukan mudah untuk kita mendapatkan pekerjaan, lebih-lebih lagi bagi golongan Orang Kurang Upaya(OKU).
Jelas sekali golongan OKU memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai kecekalan hidup mereka. Rata-rata dari kita tidak meletakkan diri dalam situasi mereka.
Ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Udey Ismail yang melihat bagaimana golongan istimewa ini sering diperlakukan.
Beliau minta agar kita yang ‘normal’ ini untuk beri kerjasama bukannya memarahi dan menyalahkan mereka sahaja.
“Kita yang normal tidak boleh buli dan marah mereka.”
Pemuda ini telah bertemu seorang pekerja McDonalds yang dilihat memakai tag yang menandakan beliau adalah insan istimewa.
Dengan panggilan sopan, mereka ini anak-anak keperluan khas. Menurutnya, mereka berkerja lebih pembersih daripada kita semua.
Sebab itu mereka tidak boleh tengok meja kotor sikit, mesti duduk tak senang nak lap dan cuci, walaupun masih ada orang di meja sedang makan.
Selalunya mereka akan rasa kurang senang dan perlu di segerakan kerja. Kadang-kala orang ramai agak kurang selesa dengan tindakan mereka yang sedang berkerja.
Pasti ketidakpuasan hati akan muncul untuk golongan ini semasa melakukan kerja. Antaranya mereka kerap mencuci, perhatikan kita makan membuatkan kita tidak selesa.
Beliau juga turut berpesan agar kita semua bantu ringankan tugas mereka dengan mengemas tempat makan selepas menjamu selera.
Tidak lupa rakan sekerja yang ‘normal’, minta jangan ambik kesempatan dengan kekurangan mereka.
Terima kasih para pendidik guru-guru pendidikan khas dan ibu bapa yang memberikan ruang pada anak-anak untuk berdikari.
Diharapkan ada lagi restoran-restoran yang dapat memberikan sedikit ruang pada anak-anak ni, Insyallah akan bertambah rezeki tuan-tuan, paling penting faham keperluan dan sama-sama mendidik.
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian lelaki ini bersetuju dengan pendapatnya untuk memberi sokongan kepada golongan istimewa ini.
Bukan itu sahaja mereka juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi mengambil mereka untuk berkerja di premis tersebut.
Ketekalan hati mereka mencari rezeki perlu dijadikan contoh buat kita semua yang normal. Kerana banyak ujian yang mereka perlu lalui sebagai insan istimewa ini.