Lawak Pickup-Line: Sepahtu Tiru Opera Van Java?

Hiburan

Lawak Pickup-Line: Sepahtu Tiru Opera Van Java?

Sejak kebelakangan ini, Sepahtu yang kini muncul dengan rancangan ‘Sepahtu Reunion’ kembali menjadi sebutan dengan jenaka ‘pickup-line’. Jenaka ini diikuti dengan frasa ‘ciaa ciaa ciaa’ menjadi ikutan bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga sudah mengerti ber’pickup-line’ semenjak diperkenalkan oleh Sepahtu.

Antara jenaka ‘pickup-line’ yang dibuat oleh Sepahtu:

Advertisement

'Mcm biasalah sy dengar nama ni' ^_^

Posted by BeautifulNara.com on Thursday, 10 March 2016

Populariti lawak pickup-line ini juga menyebabkan pickup-line Shin Chan menjadi ‘ciaa ciaa ciaa’.

Shin chan and his pickup line ni baru cia cia ciaaa Kredit: â„¢????? ?????? https://goo.gl/dGV3np

Posted by BeautifulNara.com on Saturday, 27 February 2016

Namun begitu, kini timbul desas-desus bahawa jenaka pickup-line ini sebenarnya ditiru dari jenaka kumpulan lawak Indonesia, Opera Van Java (OVJ). Hasil carian kami di Internet mendapati lawak sebegini sememangnya sudah lama menjadi trademark OVJ. Sebagai contoh, ini ialah klip lawak pickup-line OVJ dengan Acha Septriasa.

Lawak ini dikenali dengan nama ‘gombal’ dan video-video ini dimuat naik dengan banyak ke laman sosial Youtube.

Sebenarnya ramai tidak bersetuju Sepahtu mengambil idea OVJ kerana berpendapat Sepahtu tiada originaliti. Sebahagian lagi berkata mereka tidak kisah kerana lawak pickup-line masih membantu membuat mereka ketawa dan menceriakan hari mereka.

Manakala sebilangan besar penonton sebenarnya tidak tahu bahawa lawak pickup-line ini bukan idea asal Sepahtu.

Apa kata anda?

Semarak Bangsawan 2016 bakal membuka tirai dengan pementasan bangsawan Mulan oleh Persatuan Alumni ASWARA arahan K’ma…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...