Sekiranya anda seorang peminat bola sepak, pastinya anda akan mengetahui permusuhan hebat antara pasukan Manchester United dan Liverpool. Kedua-dua pasukan English Premier League ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Peminat masing-masing pun boleh dikatakan fanatik dan pasti akan bengang sekiranya pasukan kegemaran mereka diusik. Abang Nara ialah seorang peminat Manchester United dan menghormati rakan-rakan yang meminati pasukan lain.
Namun apabila Khairy Jamaluddin (peminat Manchester United) mengeluarkan kenyataan secara bergurau iaitu menyokong Liverpool sama seperti menyokong PAS, memang terbakar dibuatnya para penyokong The Reds. Salah seorang daripadanya ialah Faizal Tahir yang menyifatkan lawak Khairy Jamaluddin sebagai a very-very bad joke.
Tambah Faizal Tahir lagi:-
Mmm.. Tak cakap pun tak jadi. Pada saya “lawak” dia jadi. Jadi bodoh. Please Sir, i believe we are better than this. We could all be better than this. Jangan biar anggota badan lain mengatasi akal.
We all have choices. So respect other peoples’ choices as long as they dont go against ethics n religion demands. A reminder to myself n all. Together we learn n improve ourselves which are full of flaws. Insha’Allah. Allah bless all. Ameen.
Let us fear Allah SWT alone. Take care of urself n ur heart everyone. ? Kita diberi pilihan dalam hidup. Hormatilah pilihan orang lain selagi tidak melanggar etika dan tuntutan agama.
Peringatan utk saya dan semua. Sama2 kita belajar n perbaiki diri kita yg penuh kelemahan. Semoga kita dlm rahmat Allah selalu. Insha’Allah. Biarlah takut kita hanya pada Allah SWT. Jaga diri dan hati semua ? Have a great week ahead.
Berdasarkan pemerhatian Abang Nara di laman sosial, rata-rata penyokong Liverpool melahirkan rasa hilang respek kepada Khairy Jamaluddin. Ternyata lawak tidak menjadi KJ ini telah membuatkan imej seorang menteri sempoi yang dimilikinya selama ini rosak. Semoga di masa hadapan lebih berhati-hati. Bab-bab bola jangan buat main. Sedangkan laki bini boleh bergaduh pasal bola, inikan pula menteri dan rakyat biasa. Hehehe.