Lawak, Anjing Kejar Gadis Sampai Masuk Dalam Kereta

Trending

Lawak, Anjing Kejar Gadis Sampai Masuk Dalam Kereta

Seperti yang kita tahu, anjing bukanlah binatang yang asing lagi bagi kita walaupun ianya haram untuk disentuh oleh individu yang beragama Islam. Seperti kucing, terdapat anjing yang dibela oleh orang dan juga yang liar tidak bertuan.

Tidak dinafikan, kemunculan anjing liar di kawasan rumah atau tempat awam sememangnya boleh membuatkan ramai orang merasa takut kerana kebanyakan anjing tersebut sering bertindak agresif.

Advertisement

3 years ago

Anjing Kesayangan Dijual, Wanita Kecewa Tindakan Yang Dilakukan Pemilik Baru Selepas Itu..

Namun, ada juga anjing-anjing liar ini yang jinak dan tidak bertindak mengacau orang di tempat awam. Cuma kadangkala, tindakan mereka mendekati orang awam dan ingin bergurau manja itu buat kita terkejut serta sedikit takut.

Gelagat anjing kejar gadis sehingga masuk ke dalam kereta serta membunyikan hon buat ramai netizen ketawa

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama ainasyzwna14 yang memaparkan situasi seorang gadis dan keluarganya memasuki kereta untuk pergi membeli barangan rumah.

Dalam perkongsian video tersebut, secara tiba-tiba berlaku pula satu insiden apabila kehadiran seekor anjing di tempat letak kereta flat tersebut seolah-olah ingin bermain kejar-kejar dengan mereka sehingga keadaan menjadi kecoh seketika.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila gadis itu telah menjerit dengan sekuat hati kerana ketakutan dan telah membuatkan jiran-jirannya turut menyaksikan insiden tersebut.

Lebih melucukan, anjing yang mengejarnya itu kemudiannya bertindak meluru memasuki kereta gadis tersebut dan siap membunyikan hon dengan lama.

“Dia hon sebab nak suruh masuk kereta cepat, nak gerak pergi shopping ni”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.5 juta tontonan, 123.4 ribu tanda like dan 5.8 ribu komen. Rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat anjing tersebut yang memasuki kereta lalu membunyikan hon itu.

Anjing masuk kereta

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Anjing masuk kereta

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang mengatakan mereka seakan tidak tahu sama ada hendak ketawa atau kesian melihat insiden yang dihadapi oleh gadis tersebut.

Ramai juga yang berseloroh mengatakan anjing tersebut sebenarnya ingin ikut keluarga gadis itu pergi membeli barangan di kedai.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...