Baru sahaja dilancarkan minggu lalu, mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) telah disenaraikan dibawah Amaran Pengguna Kewangan.
Laman web Lavida Coin tidak diluluskan mengikut undang-undang yang termaktub dalam pentadbiran BNM.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan pemantauan teliti terhadap maklumat sedia ada mengenai Lavida Coin bagi menentukan sama ada ia melanggar undang-undang sekuriti.
Orang ramai janganlah mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan imbuhan yang tinggi terutama sekali apabila ia melibatkan mata wang kripto dan token digital. Sebelum melabur pastikan syarikat tersebut tidak menjalani sebarang aktiviti seperti sistem MLM dan anda boleh menyemak sendiri senarai syarikat yang menjalankan pelaburan secara sah di laman web rasmi BNM.