‘Lautan Merah’ Melanda Liverpool, Penyokong Teruja Sambut Pasukan Mereka Menjadi Juara

Kehidupan

‘Lautan Merah’ Melanda Liverpool, Penyokong Teruja Sambut Pasukan Mereka Menjadi Juara

Dua gol di awal dan penghujung perlawanan membawa Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali keenam, dalam aksi di Stadium Wanda Metropolitano pada Ahad semalam.

Advertisement

Penyokong The Reds tidak perlu menunggu lama untuk berpesta apabila bintang mereka Mohamed Salah menyempurnakan penalti pada minit kedua perlawanan selepas bola terkena tangan pemain tengah Tottenham Hotspur, Moussa Sissoko.

Hari ini, puluhan ribu penyokong Liverpool menyambut kepulangan skuad The Reds selepas menewaskan Tottenham pada aksi final Liga Juara-Juara, kelmarin.

Apa yang menakjubkan ‘Lautan merah’ terhasil di Liverpool ketika bas yang membawa pengurus, Jurgen Klopp serta barisan pemain pasukan itu berarak di sekitar bandar raya terbabit.

Dipetik dari AFP, penyokongnya sangat teruju untuk menyambut pasukan mereka yang telah menjadi juara.

Saya begitu teruja namun masih lagi mabuk, inilah mabuk yang terbaik,” kata penyokong, Peter Broad, 37, yang turut menyertai sambutan meraikan pemain Liverpool.

Liverpool meraih gelaran Liga Juara-Juara buat kali keenam selepas menewaskan Spurs 2-0 menerusi sepakan penalti pada minit kedua oleh Mohamed Salah dan jaringan penghujung babak kedua boleh Divock Origi pada aksi di Stadium Metropolitano, Madrid.


Dalam tempoh 7 tahun, ini adalah trofi pertama yang dimenangi Liverpool sekaligus menebus kehampaan tewas di tangan Real Madrid pada tahun lalu.

Kemenangan itu turut menyaksikan Klopp menamatkan rentetan kekalahan dalam enam aksi final berturut-turut.

Kami menangis di atas padang kerana ia begitu beremosi. Kemenangan itu  amat bermakna buat kami, kata Klopp.

Dalam masa sama, Klopp mendedahkan dia menerima ucapan tahniah menerusi panggilan telefon daripada pengendali Manchester City, Pep Guardiola.

Kami berjanji akan terus memberi saingan pada musim hadapan. Kami akan cuba menyasarkan segalanya dan lihat jika kami dapat memperoleh sesuatu daripadanya.”

Sementara itu, pengurus Spurs,  Mauricio Pochettino menegaskan dia bangga dengan anak buahnya yang mencipta kejutan mara ke final pentas berprestij itu.

Apabila anda menikmati pengalaman ini, anda sudah tentu mahu mengulanginya. Saya harapkan kami dapat melakukannya sekali lagi pada masa akan datang.”

Tahniah Liverpool kerana menjadi juara!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...