‘Laut Terbelah’ Di Kelantan Terpaksa Ditutup Demi Keselamatan Pengunjung

Trending

‘Laut Terbelah’ Di Kelantan Terpaksa Ditutup Demi Keselamatan Pengunjung

Sebelum ini, tular di laman media sosial tentang fenomena ‘laut terbelah’ sepanjang satu kilometer yang menjadi tarikan baharu kepada orang ramai untuk berkunjung ke Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan.

Fenomena yang berlaku sejak lebih sebulan lalu itu terjadi disebabkan air surut yang kemudian membentuk beting pasir hingga membolehkan pengunjung berjalan untuk ke tengah lautan.

Advertisement

Fenomena pantai terbelah
3 years ago

Fenomena 'Pantai Terbelah' Di Pantai Mek Mas Jadi Tarikan Pengunjung

Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang berkunjung ke pantai tersebut untuk sama-sama melihat sendiri ‘pantai terbelah’ itu berikutan ianya tular di Facebook dan TikTok sejak beberapa hari yang lalu.

Kawasan ‘laut terbelah’ ditutup atas faktor keselamatan orang ramai

Menurut Harian Metro, kawasan ‘laut terbelah’ lebih satu kilometer yang menjadi tarikan baharu orang ramai ke Pantai Mek Mas, Kuala Besar di Kota Bharu telah ditutup sejak tiga hari lalu demi menjaga keselamatan orang ramai.

Tinjauan di sekitar pantai tersebut mendapati pita amaran dipasang selain terdapat papan tanda amaran dan bendera merah diletakkan di kawasan itu bagi melarang pengunjung menghampiri lokasi tersebut.

Keputusan tersebut dibuat dipercayai berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di beting pasir berkenaan memandangkan semakin menghampiri musim tengkujuh.

Penghulu Mukim Che Latiff, Zinuddin Daud berkata, keputusan menutup kawasan itu dibuat selepas kata sepakat dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa bencana peringkat jajahan dan ia adalah demi keselamatan semua pihak.

Laut Terbelah

Keadaan Pantai Mek Mas yang kini ditutup atas dasar faktor keselamatan – Sumber Harian Metro

Sejak beberapa hari lalu, ombak dan air pasang besar menyebabkan benteng pasir yang sebelum ini boleh dilalui kelihatan semakin tenggelam.

Tambah Zinuddin Daud, mereka mengambil langkah awal dengan menutup kawasan memandangkan ketika tular tempoh hari, jumlah pengunjung yang datang ke kawasan itu mencecah hampir 500 orang pada hari minggu.

Zinuddin Daud juga sempat memberi peringatan kepada orang ramai supaya mematuhi arahan tersebut dan jangan sesekali memasuki kawasan pantai itu untuk aktiviti riadah kerana ia boleh membahayakan nyawa.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...