Laurier Bawa “Experience Zero Feeling” Di KL Fashion Week 2025 – Bila Fesyen & Keyakinan Bertemu

Fesyen

Laurier Bawa “Experience Zero Feeling” Di KL Fashion Week 2025 – Bila Fesyen & Keyakinan Bertemu

Siapa kata datang bulan kena mengorbankan gaya? Tahun ini, Laurier Malaysia kembali sebagai Official Feminine Care Partner di KL Fashion Week 2025 (KLFW), membuktikan bahawa walaupun period, wanita tetap boleh bergaya, bebas bergerak, dan paling penting  rasa selesa sepanjang hari.

Bertempat di Suria KLCC Esplanade minggu lalu, Laurier melancarkan kempen terbarunya, “Experience Zero Feeling”, bersama jenama fesyen tempatan What To Wear (WTW).

Advertisement

Hasilnya?

Satu persembahan yang bukan sekadar memukau mata, tetapi mengangkat mesej bahawa penjagaan feminin tak pernah jadi penghalang untuk tampil yakin.

Fesyen Dengan Misi: Laurier x What To Wear

Laurier x KLFW

Segmen Laurier membuka pentas dengan 10 rekaan eksklusif What To Wear, diterajui oleh Sandra Lim, Miss Universe Malaysia 2024, yang juga diumumkan sebagai Duta Jenama Laurier.

Setiap helaian membawa semangat Experience Zero Feeling dengan potongan moden, gerakan bebas, dan gaya yang kekal anggun tanpa rasa terbeban.

“Bila wanita berada dalam flow sama ada dari segi kreativiti, emosi atau fizikal mereka tak patut rasa dihalang. ‘Experience Zero Feeling’ bukan sekadar janji produk, ia satu keadaan di mana keyakinan datang bila kita cukup selesa untuk buat apa saja, walaupun ketika period.”- Tan Poh Ling, Vice President of Marketing Kao Malaysia.

Rekaan Yang Bebas & Berani
Laurier x BN

Pengasas dan pereka What To Wear, Melanie Kee, berkongsi bahawa koleksi ini direka untuk menyatukan keselesaan dan keyakinan.

Fabrik yang ringan, potongan yang longgar namun berstruktur, dan warna yang memancarkan keanggunan moden, semuanya disusun untuk menggambarkan kebebasan bergerak, sama seperti perlindungan yang ditawarkan oleh Laurier Super Slimguard.

Sebalik Keselesaan: Laurier Super Slimguard

Apa yang buat Laurier Super Slimguard unik? Walaupun hanya 0.1cm nipis, ia mampu menyerap 200x ganda lebih banyak dengan pantas, memastikan rasa kering dan selesa sepanjang hari. Sesuai untuk hari-hari dengan pakaian body-hugging atau jadual penuh aktiviti.

Produk ini direka untuk wanita moden yang mahu gabungan prestasi dan gaya, sama ada di runway atau dalam kehidupan seharian.

Aktiviti Interaktif di KLFW 2025

Laurier x BN

Bukan sekadar di pentas, Laurier turut menghidupkan Experience Zero Feeling kepada pengunjung melalui 360° Glam Cam. Di sini, tetamu bebas berposing ala fashion week, meraikan kebebasan untuk bergerak dan berekspresi tanpa rasa terganggu.

KLFW 2025 x Laurier membuktikan bahawa keselesaan dan keyakinan boleh berjalan seiring dengan fesyen. Experience Zero Feeling bukan sekadar tema, tetapi satu gerakan untuk wanita terus melangkah tanpa rasa terbatas, walaupun pada hari-hari yang paling mencabar.

Maklumat lanjut mengenai Laurier, ikuti Laurier Malaysia di Instagram dan Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...