Laungan ‘Allahuakbar’ Di Kubur & Hospital, Penduduk Hidu Bau Harum Ketika Kubur Zara Qairina Digali Semula

Hiburan

Laungan ‘Allahuakbar’ Di Kubur & Hospital, Penduduk Hidu Bau Harum Ketika Kubur Zara Qairina Digali Semula

Proses menggali kubur pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir selesai sekitar jam  7.15 malam semalam dan penduduk kampung dilihat membanjiri kawasan tanah perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, di bahu jalan dan sehingga ke perkarangan hospital.

Menerusi video yang tular di TikTok, takbir ‘Allahuakbar’ berulang kali dilaungkan orang ramai mengiringi trak polis yang membawa jenazah Zara Qairina.

Advertisement

Zara Qairina

Terhidu bau harum

Difahamkan, seawal jam 2 petang penduduk kampung dan kawasan sekitar sudah mula membanjiri kawasan tanah perkuburan dan seorang penduduk mendakwa terhidu bau harum saat proses penggalian dimulakan.

“Sebelum proses menggali dimulakan, ada bacaan doa diadakan. Saya juga ada terhidu bau wangian harum seperti bunga lalu tadi,” kata Jeffry Fauzi Rahman, 53.

Ujar Jeffry yang mengikuti perkembangan kes sejak awal, kehadirannya itu adalah tanda solidariti dan berharap kematian Zara Qairina mendapat pembelaan.

@borneotvmalaysia Jenazah Zara Qairina selamat dibawa keluar dari Perkuburan Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang, Sabah, kira-kira pukul 7.39 malam ini. Video milik Dun Sindumin Sipitang. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #JusticeForZara ♬ Very Sad – Enchan

Terdahulu, proses penggalian kubur berkenaan bermula sekitar am 5.30 petang dan mengambil masa hampir dua jam untuk selesai.

Jenazah Zara Qairina dibawa keluar dari kawasan tanah perkuburan itu menggunakan trak polis dan terus dibawa ke Hospita Queen Elizabeth I (HQEI).

Proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar berusia 13 tahun itu dilaporkan bermula hari ini pada jam 9 pagi di hospital berkenaan.

pembuli Zara Qairina dah pindah sekolah
2025-08-10 10:29:50

Foto Tular, Pelajar Didakwa Terlibat Kes Zara Qairina Sudah Pindah Sekolah? - "Bukan Main Happy Takde Rasa Bersalah Langsung"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...