Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Laugh Factory Saman Harith Iskander 40 Juta, Dakwa Tipu Untuk Menang?

Pihak penganjur pertandingan Funniest Person in the World yang diadakan pada tahun 2016 iaitu Laugh Factory telah memfailkan saman berjumlah 10 juta Australian Dollar ( RM40 juta) terhadap pelawak Harith Iskander.

Advertisement

Ia merupakan tindakan susulan ataupun saman balas selepas Harith baru-baru ini memfailkan saman terhadap pihak tersebut atas dakwaan gagal melunaskan wang kemenangannya berjumlah AS 70,000 (RM280,000) daripada AS 100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan itu.

Laugh Factory dalam saman tersebut menuntut ganti rugi berhubung pelanggaran cap dagangan, penyelewengan rahsia perdagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan gangguan disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.

Bukan itu sahaja, pelawak itu dengan isterinya serta rakan kongsi perniagaan telah mencuri harta intelek Laugh Factory dengan pura-pura bertanya tentang kerjasama membawa jenama itu ke Asia. Selain mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah “rakan kongsinya”.

Harith menerusi satu kenyataan menerusi akaun Facebook menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya dan akan menyerahkan kes ini kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Kata Harith, beliau hanya menuntut apa yang sudah dijanjikan kepadanya sebagai pemenang, tidak lebih dan tidak kurang.

Sumber Berita : mStar Online & Harith Iskander

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. Ros

    March 9, 2019 at 12:02 pm

    Akhirnya terbongkar perangai sebenar Harith and bini dia Jezamine yang maha liberal dan poyo. haha mendapat lah sekarang. you are not that funny dude. good luck!

    • Anonymous

      March 9, 2019 at 1:30 pm

      apa perangai nye?

    • Anon

      March 9, 2019 at 9:05 pm

      Wow…apa yg ko sakit hati sgt ni?

  2. Alanice

    March 9, 2019 at 11:31 am

    Mse final tu Harith repeat blik show die kt lawak ker der, it’s really frustrating u not bring fresh idea

  3. Congestion charge

    March 9, 2019 at 9:52 am

    Lagi malu kau dapat title tu weh. Belambak stand up kat Netflix tu yang jauh lagi kelakar dari kau. Depa pon bijak tak mau masuk pertandingan bodo ni sebab title funniest man in the world tu bangang

    • Anonymous

      March 9, 2019 at 3:36 pm

      Tipikal bawang! Bukan dia yg approach mula2..org puteh tu offer dia. Nk komen pun biarlah tahu cerita sagih. Pakai sembur je..

    • Anonymous

      March 9, 2019 at 5:44 pm

      Harith ni tak kelakar langsung! So annoying. Buang masa tengok show dia. Baik tengok russel peters & chris rock

    • nana

      March 10, 2019 at 1:21 pm

      apa teruk sgt taste kau ni. russel peter tu lawak dia lg bodoh. dh la bodoh pastu stereotypical. lawak tp tak menusuk. lain preacher lawson ke ada la class, jeff dunham tu baru betul bakat.

    • Anonymous

      March 10, 2019 at 4:48 pm

      Russle Peters best. Lawak la drp Harith ni..Jeff Dunham idola ko lgi x leh pakai..

    • Anonymous

      March 10, 2019 at 8:33 pm

      Russel Peters best la!Trevor Noah aku suka jugak but not as funny.Russel Peters tu kalau lawak bodoh tak adanya dia one of the highest earners stand up comedian in the world la!Jeff Dunham tak masuk book la weh

    • tah pape komen

      March 11, 2019 at 1:29 am

      kat netflix tu standup WORLD CLASS. ni third class yang compete. apela, baru layan standup ke? ke dulu layan standup bang bil

  4. Jojie

    March 8, 2019 at 10:36 pm

    Cam kes Aisyah dgn Dato Vida lak.. Dah penat2 menang pertandingan skali hadiah tak seperti yang dijanjikan.. Siannyer

    • Anonymous

      March 9, 2019 at 1:30 pm

      bukan janji..tpi pelesu berlian tu. haha

  5. minah jambu say NO to drugs

    March 8, 2019 at 7:33 pm

    nape gitu ?

    • Anonymous

      March 9, 2019 at 11:12 am

      Busana Dikritik Tidak Cantik, Tok Ti Tutup Ruangan Komen…

    • Anonymous

      March 9, 2019 at 1:27 pm

      ada acik2 bawang ckp dlm forum si harith x jalankan/habiskan “roadshow” apa tah utk kompani lawak ni yg dah termaktub dlm kontrak sbgai juara….

    • Anonymous

      March 9, 2019 at 3:38 pm

      dia salahkan penganjur.. penganjur salahkn dia balik. yg mana benar pun x pasti!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama