Pihak penganjur pertandingan Funniest Person in the World yang diadakan pada tahun 2016 iaitu Laugh Factory telah memfailkan saman berjumlah 10 juta Australian Dollar ( RM40 juta) terhadap pelawak Harith Iskander.
Ia merupakan tindakan susulan ataupun saman balas selepas Harith baru-baru ini memfailkan saman terhadap pihak tersebut atas dakwaan gagal melunaskan wang kemenangannya berjumlah AS 70,000 (RM280,000) daripada AS 100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan itu.
Laugh Factory dalam saman tersebut menuntut ganti rugi berhubung pelanggaran cap dagangan, penyelewengan rahsia perdagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan gangguan disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.
Bukan itu sahaja, pelawak itu dengan isterinya serta rakan kongsi perniagaan telah mencuri harta intelek Laugh Factory dengan pura-pura bertanya tentang kerjasama membawa jenama itu ke Asia. Selain mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah “rakan kongsinya”.
Harith menerusi satu kenyataan menerusi akaun Facebook menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya dan akan menyerahkan kes ini kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Kata Harith, beliau hanya menuntut apa yang sudah dijanjikan kepadanya sebagai pemenang, tidak lebih dan tidak kurang.
Sumber Berita : mStar Online & Harith Iskander

Anonymous
March 11, 2019 at 11:17 am
Kata Harith, beliau hanya menuntut apa yang sudah dijanjikan kepadanya sebagai pemenang, tidak lebih dan tidak kurang.
Bella boleh translate yg ni je ke…haha
Sorry Bella
Anonymous
March 11, 2019 at 9:36 am
Aku nk kecam nara…yg selalu bias dgn negara2 jiran…SKG MENDAPATLAH KAU NARA..ARTIS KAU PUN SAMA KONON BAGUS SGT..KONON MALAYSIA LAGI BAIK DARI NEGARA JIRAN..SIAP BUAT POINT…ARTIS KENA SAMAN..ARTIS MENYAMAN NETIZEN ..ADA KAU TULIS NARA??? BAIK BEBENOLAH TU..
ewah
March 11, 2019 at 10:12 am
kau dah kenapa kecam nara pulak..tunggu la nara bukak topik pasal nara…hahahah
Anonymous
March 9, 2019 at 3:14 pm
Bini dia buat lawak gak? Lol