Written by Bella | December 25th, 2017

Apa sahaja yang dilakukan oleh aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pasti akan menjadi perhatian ramai. Sejak bernikah dengan Engku Emran September lalu, peminat Bella di Malaysia juga semakin bertambah dan ingin mengetahui setiap perkembangan terbaru beliau. Baru-baru ini, ruangan komen di Instagram Bella dipenuhi dengan ucapan tahniah. Eh, tahniah untuk apa pula? Ramai yang mengatakan Bella kini sedang hamil apabila sebuah video yang dimuat naik di Instagram menampakkan bahagian perutnya agak berisi.

Malah, Engku Emran juga seakan memberikan gambaran bahawa beliau bakal menimang cahaya mata lagi menerusi satu “posting” ketika menonton filem bersama anaknya Engku Aleesya. Ia menguatkan lagi dakwaan bahawa bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu sedang berbadan dua.

Kami di BeautifulNara mendoakan agar berita ini bukan hanya sekadar spekulasi dan ada rezeki Bella serta Engku Emran untuk menimang cahaya mata bersama. Tentu selepas ini Aleesya akan merasa seronok bakal jadi kakak.

15 responses to Laudya Cynthia Bella Sudah Hamil?

  1. Anonymous says:

    Aamiin..mudah2an berita ini benar

    0

    0
  2. Sai don says:

    Cantiq aleesya ..mcm mak dia..soon jdi kak long ya aleesya
    Pasti adik baru juga akan comel lote..jika baby boy engku alexander..baby girl engku amanda…

    2

    2
  3. Selamat pagi says:

    Kesian dia ni…mcm x boleh duduk Malaysia.asyik balik indon.

    3

    1
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      sama jugak macm malaysian mana leh stay kt indon lama 2 mesti nak balek malaysia nak tengok ayam itek kt kampong..

      10

      1
    • Anonymous says:

      Dia ada business la nak kena handle dekat sana. Kalau betul dia tak boleh duduk malaysia pun make sense jugak, teringat mak ayah jauh… boleh meleleh air mata

      4

      1
    • Anonymous says:

      kampung dia kat sana kan…ada bisnes ada kerja disana..so apa yang jadi masalahnya…
      lagipun Malaysia Indonesia dekat…untuk yang mampu macam dia tak ada masalah nak ulang alik…

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Follower IG dia 20m tapi tak batak mcm sorang tu…

    8

    0
  5. Mime says:

    She s beautiful n sweet..suka tengok..

    1

    0
  6. haha says:

    huhu…bukan artis malaysia…so…tak perlu nak beri perhatian sangat.. aku tak berapa kenal dia ni, tp sbb nikah dgn x erra…baru tau.. apa pun, kalau betul..tahniah…tunggu erra pulak..harab jodohnya lebih baik dari yg sebelum-belumnya…

    2

    0
    • Mimi says:

      oh, bakat tu luas dik. Bukan orang Malaysia sahaja yang berbakat di dunia yang fana ini. Kalau dok asyik tengok film sendiri, minda pun takat takat sekitar Malaysia ja. Tak berdosa pun tengok filem luar negara untuk amik ilmu dan pengalaman. I pun tak kenal Laudya ni sangat melainkan acting dia dalam Surga Yang Tak Dirindukan.

      0

      2
      • haha says:

        Maksud saya, gosip tentang dia, part berlakon tu..saya dah lihat syurga yg tak dirindukan tu.. mmg tak berdosa pun tengok filem luar..saya tak komen tentang tu pun, tapi komen ttg gosip dia ni je..ok… mimi…dan..saya tak kata artis malaysia je yg berbakat di dunia ni.

        2

        0
  7. seram says:

    tak tau cam ne perjalanan rumahtangga mereka..sbb klu tengok reaksi peminat bella, menakutkan.. jgn emran tergoda sudah…haha..sbb klu kubaca, ramai peminat dari sana memuja emran berlebihan..komen mereka menyeramkan…sedangkan, terang-terang emran suami bella…

    1

    0

Leave a Comment

Optional