Apa sahaja yang dilakukan oleh aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pasti akan menjadi perhatian ramai. Sejak bernikah dengan Engku Emran September lalu, peminat Bella di Malaysia juga semakin bertambah dan ingin mengetahui setiap perkembangan terbaru beliau. Baru-baru ini, ruangan komen di Instagram Bella dipenuhi dengan ucapan tahniah. Eh, tahniah untuk apa pula? Ramai yang mengatakan Bella kini sedang hamil apabila sebuah video yang dimuat naik di Instagram menampakkan bahagian perutnya agak berisi.
![](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2017/12/10201527/lcb-3.jpg)
![](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2017/12/10201526/lcb-4.jpg)
Kami di BeautifulNara mendoakan agar berita ini bukan hanya sekadar spekulasi dan ada rezeki Bella serta Engku Emran untuk menimang cahaya mata bersama. Tentu selepas ini Aleesya akan merasa seronok bakal jadi kakak.