Selepas tidak memuat naik lagi gambar suaminya, Engku Emran di laman media sosial, ramai yang menebak sepertinya rumah tangga pasangan ini sedang berantakan. Khabar angin ini bukan sahaja bertiup kencang di Malaysia bahkan juga di Indonesia.
Tak cukup dengan itu, khabar angin lain pula mengatakan bahawa Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran sudah pun tidak tinggal sebumbung.
Terbaru, pelakon wanita itu dikatakan sedang dalam proses untuk menjual kediaman yang bertempat di Jakarta Selatan. Dikatakan bahawa keputusan berat itu terpaksa dibuat kerana dia sudah muflis.
Jiran tetangga di kawasan tersebut juga menyatakan bahawa mereka sudah beberapa kali melihat beberapa orang calon pembeli yang datang untuk meninjau rumah kediaman pasangan tersebut.
Walaupun harganya mencapai nilai RM3.6 juta, namun ramai yang melahirkan rasa minat untuk memiliki rumah itu.
“Kelmarin saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo… tapi tak jadi, halamannya kecil.”
Apabila soalan mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa pasangan itu sudah muflis ditanyakan kepada salah seorang individu yang melakukan pengubahsuaian pada rumah itu, dia enggan memberikan jawapan yang pasti.
“Kalau fasal dia bankrap itu saya kurang tahu.”
Semakin hari, semakin kuat khabar angin yang bertiup mengenai Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran.