Mari kita akui bahawa latihan kebakaran ialah sesuatu yang membosankan dan mungkin sebenarnya tidak membantu kita dalam kes kebakaran sebenar. Menyedari keperluan untuk latihan yang serius, sebuah sekolah di China bekerjasama dengan bomba tempatan untuk membawa latihan kebakaran tradisional ke tahap yang lebih tinggi.
Sewaktu program tahunan wajib anjuran Sekolah Vokasional Nanhu di daerah Hongkou, Shanghai, para pelajar perlu keluar dari bangunan apabila mendengar loceng dibunyikan. Namun mereka juga perly melalui beberapa pintu yang terbakar dengan napkin di mulut untuk mengelak dari terhidu asap.
Setelah melepasi semua halangan, pelajar menggunakan pemadam api untuk memadamkan nyalaan. Lebih 1,000 pelajar dari pelbagai darjah menyertai latihan itu. Menurut jurucakap bomba Chen She:
Kami tidak mahu biarkan pelajar bergantung pada nasib sahaja, jadi kami pastikan pelajar cukup bersedia untuk menghadapi apa jua halangan semasa kabakaran berlaku. Mungkin ia bermula dengan kebakaran kecil, tetapi api boleh merebak dengan cepat dan memenuhkan asap dalam bilik, jadi kami dedahkan mereka kepada realiti sebenar yang pada jangka masa panjang boleh membantu menyelamatkan nyawa mereka.
Menggunakan api sebenar nampaknya satu perkara biasa di sekolah China.
Selalunya api sebenar memang digunakan dalam latihan kebakaran di sekolah negara ini, bezanya kali ini ia dilakukan dalam skala besar.
Selamat Berpuasa kepada semua..Berikut disertakan Jadual Penuh IFTAR@KL sepanjang Ramadan ini.PEMBETULAN:DIKIR ZIKIR…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 17 June 2015