Pelakon dan penyanyi veteran, Latiff Ibrahim dikatakan menghadapi serangan jantung, sedang kritikal tetapi stabil oleh penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim . Dia kini berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad lalu, seperti dilaporkan oleh Mstar Online.
Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.
Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN.
Menurut Khatijah lagi, ini ialah kali kedua Latiff dimasukkan ke IJN:
Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung.
Tambahnya lagi, pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN. Marilah kita bersama-sama mendoakan beliau agar sembuh segera. Amin.