‘Lathi Challenge’ Difatwakan Sebagai Haram Dan Berdosa Oleh Mufti Wilayah Persekutuan

Trending

‘Lathi Challenge’ Difatwakan Sebagai Haram Dan Berdosa Oleh Mufti Wilayah Persekutuan

Aksi viral ‘Lathi Challenge’ mendapat sambutan hangat di media sosial apabila memaparkan trend mekap seram yang kemudiannya menjadi ikutan ramai. Ianya juga semakin menerima sambutan apabila turut dilakukan oleh golongan selebriti dan ‘Influencers’ terkenal.

Isu hukum melakukan ‘Lathi Challenge’ kemudiannya menjadi topik hangat diperkatakan apabila ramai mendapati terdapat unsur-unsur yang meragukan dan boleh membawa kepada terpesong akidah. Malah, beberapa pendakwah negara turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukannya.

Advertisement

Haram lakukan ‘Lathi Challenge’

Susulan isu ini, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini melalui laman rasmi mereka. Di dalam kenyataan itu, adalah haram dan berdosa untuk seorang Muslim melakukan ‘Lathi Challenge’ ini.

lathi challange

Soalan:

Assalamualaikum WBT. Saya ingin bertanya pandangan SS Mufti berkaitan Lathi Challenge yang tular di media sosial akhir-akhir ini. Mohon penjelasan dari SS Mufti. Terima kasih.

Jawapan:

Hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa. Hal ini kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran. Oleh itu, kami ingin menasihati orang ramai khususnya umat Islam agar tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) yang berbentuk pemujaan dan ritual seperti ini demi menjaga akidah kita.

WaAllahu a’lam.

Penjelasan lanjut

Di dalam kenyataan itu, turut dihuraikan bahawa perkataan Lathi diambil daripada bahasa Jawa Kuno yang membawa maksud lidah. Di dalam muzik video penyanyi asal juga, terdapat elemen joget dan tarian yang berunsur ritual mistik. Malah, di dalam lirik turut mempunyai bait-bait yang dikatakan mengandungi pemujaan roh dan menyeru makhluk halus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jharna Bhagwani – 17 y.o ? (@jharnabhagwani) on

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan, tarian yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan yang menyerupai syaitan atau hantu seperti ‘Lathi Challenge’ ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang di dalam hadith. Oleh itu, hukum seseorang melakukan ‘Lathi Challenge’ adalah haram dan berdosa.

Anda boleh baca kenyataan penuh daripada Mufti Wilayah Persekutuan di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...