Lathi Challenge Didakwa Syirik Dan Memuja Syaitan, Pemilik Lagu Cabar Pendakwah Kemukakan Bukti

Trending

Lathi Challenge Didakwa Syirik Dan Memuja Syaitan, Pemilik Lagu Cabar Pendakwah Kemukakan Bukti

Di media sosial kini, tular trend video menyeramkan yang dinamakan Lathi Challenge yang kini menjadi ikutan ramai. Lagu Lathi sebenarnya dihasilkan oleh kumpulan pemuzik terdiri daripada dua YouTubers serta seorang DJ yang semuanya berasal dari Indonesia.

Apa yang menarik perhatian adalah beberapa lirik di dalam lagu ini adalah menggunakan bahasa Jawa Kuno yang kemudiannya menjadi popular di Indonesia. Lagu berjudul Lathi ini semakin mencapai popularitinya apabila seorang vlogger kecantikan terkenal di Indonesia, Jharna Bhagwani yang membuat video solekan menggunakan lagu ini.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jharna Bhagwani – 17 y.o ? (@jharnabhagwani) on

Didakwa memuja syaitan

Melihatkan Lathi Challenge yang kini menjadi trend dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia, beberapa individu tampil mendakwa ianya seakan-akan menyeru makhluk halus. Pemilik lagu Lathi, Reza Arap terpanggil untuk menafikan dakwaan itu.

lathi challenge

Seorang pendakwah terkenal sebelum ini meminta orang ramai untuk menghentikan Lathi Challenge ini kerana ianya bahaya untuk dijadikan sebagai hiburan. Ini kerana menurutnya, ada tarian wujud dari sesetengah budaya Jawa yang berunsur syirik dan khurafat seperti memanggil Kuntilanak dan roh Kuda Kepang.

Pemilik lagu itu kemudiannya mencabar pendakwah itu untuk mengemukakan bukti di atas dakwaannya itu. Dia juga sanggup memadamkan lagu tersebut dari semua platform muzik sekiranya dakwaan itu benar.

“Tapi jika hal itu tidak terbukti, maka anda harus membuat video permintaan maaf dan berhenti menyebarkan pembohongan tentang lagu kami.”

reza arap

Pemilik lagu, Reza Arap

Menurut penulis lirik, lagu ini menceritakan tentang hubungan percintaan yang toksik dan didominasi dengan pembohongan dan ego. Tapi sedikit sebanyak ia menimbulkan  kontroversi apabila Lathi Challange menggunakan solekan hantu dan tarian yang dilakukan seolah-olah menyeru kuntilanak atau melakukan pemujaan roh.

Berdasarkan tinjauan kami, kenyataan daripada penceramah itu telah pun dipadamkan dari akaun Twitter miliknya itu. Selain beliau, beberapa penceramah lain juga sebelum ini tampil menasihatkan orang ramai untuk menghentikan Lathi Challenge ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...