Latheefa Koya Sah Letak Jawatan Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Hari Ini

Trending

Latheefa Koya Sah Letak Jawatan Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Hari Ini

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengesahkan telah menghantarkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Surat perletakan jawatan itu telah dihantar pada 2 Mac yang lalu dan tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri semalam untuk berbincang mengenai hal ini dan memberi taklimat mengenai usaha SPRM membawa pulang wang syarikat 1MDB yang diseleweng di luar negara.

Advertisement

Penyerahan tugas itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki serta beberapa pengarah lain. Sebelum ini, pelbagai spekulasi yang timbul yang mendakwa beliau menerima tekanan untuk meletakkan jawatan tersebut tetapi beliau menafikannya.

“Ia adalah keputusan saya sendiri. Hasrat saya adalah untuk kembali bertugas sebagai peguam bela.”

surat perletakan jawatan sprm

Beliau turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pegawai SPRM serta rakyat yang memberi sokongan kepadanya. Mengimbau semula perjalanan beliau sebagai Ketua Suruhanjaya SPRM, Latheefa dilantik memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Sejak pelantikan itu, beliau membuka semula beberapa kes lama termasuk membabitkan orang kenamaan dan kepentingan awam. Beliau juga mengejutkan negara apabila mendedahkan sembilan klip rakaman audio mengandungi perbualan telefon antara individu berprofil tinggi.

Antara dikaitkan adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta skandal SRC International.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...