“Last Perform Di Kenanga Fashion Mall” – Sheila On 7 Beraksi Di ‘Latihan Pestapora’, Bakal Hiburkan Peminat Selama 90 Minit

Hiburan

“Last Perform Di Kenanga Fashion Mall” – Sheila On 7 Beraksi Di ‘Latihan Pestapora’, Bakal Hiburkan Peminat Selama 90 Minit

Selepas tujuh tahun menyepi dari pentas tempatan, kumpulan legenda Indonesia, Sheila On 7 (SO7) akhirnya bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi festival muzik Latihan Pestapora yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengasas Hitman Group menyatakan bahawa kemunculan semula SO7 di Malaysia bukan sekadar persembahan biasa, malah merupakan momen bersejarah buat mereka.

Advertisement

Kali terakhir SO7 mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2018 menerusi Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di Starxpo Centre, Kenanga Fashion Mall (KWC).

Pengarah Festival Pestapora dan Pengasas Bersama Boss Creator, Kiki Ucop, turut menyatakan bahawa penyertaan SO7 bersama dua penyanyi lain iaitu Nadin Amizah dan ALVN membuktikan kejayaan festival ini dalam menyatukan muzik dari dua negara.

Pestapora adalah sambutan muzik dan komuniti. Membawa semangat ini ke Malaysia adalah langkah yang tepat dan sangat bermakna buat kami.

Dengan S07, Nadin dan ALVN sebagai tambahan dalam ‘lineup’, kami berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara dalam satu malam yang penuh jiwa, muzik, dan kenangan.

Festival Latihan Pestapora pada asalnya dirancang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon. Ia merupakan inisiatif bersama Hitman Solutions dan Boss Creator, pasukan di sebalik kejayaan festival terkenal Pestapora yang diadakan setiap tahun di Jakarta.

Selain Sheila On 7, festival ini turut menampilkan barisan artis hebat lain termasuk Kunto Aji, Pamungkas, Bunkface, Hindia, Barasuara, Aziz Harun, Bittersweet dan Salammusik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby Abadi Kongsi Cabaran Besarkan Anak, Syukur Ada Sokongan Keluarga - "Maafkan Mama Tak Cukup Sempurna.."
15 hours ago

Abby Abadi Kongsi Cabaran Besarkan Anak, Syukur Ada Sokongan Keluarga - "Maafkan Mama Tak Cukup Sempurna.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...