Baru-baru ini, pelakon dikenali ramai iaitu Anne Ngasri menzahirkan rasa syukur selepas dirinya dilantik menjadi Timbalan Pengerusi GiatMara.
Anne berkongsikan berita tersebut di laman Instagram dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan dirinya.
Bagaimanapun, berita tersebut tidak diterima baik oleh sesetengah netizen yang merasakan ramai lagi orang lain jauh lebih layak untuk pegang jawatan itu daripada selebriti tersebut.
Kebanyakkannya merasakan Anne bukanlah seseorang yang mampu mengalas jawatan tersebut.
Bahkan, bercadang agar pelakon tersebut untuk mengambil jawatan yang ada kaitan dengan institusi seni, memandangkan dia membesar dalam industri seni tanah air sebagai seorang selebriti.
Sekadar info, majlis perlantikan jawatan yang dipegang oleh Anne Ngasri itu dilakukan di Duyong Marina & Resort, Terengganu pada 20 September lalu.