Larry Tesler, Pereka Yang Memperkenalkan Konsep ‘Cut, Copy & Paste’ Meninggal Dunia Pada Usia 74 Tahun

Trending

Larry Tesler, Pereka Yang Memperkenalkan Konsep ‘Cut, Copy & Paste’ Meninggal Dunia Pada Usia 74 Tahun

Larry Tesler merupakan seorang saintis komputer yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep ‘cut, copy & paste’ pada tahun 1973. Pada Isnin yang lalu, beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 74 tahun. Kejayaan beliau dalam memperkenalkan fungsi ini telah menyumbang sesuatu yang sangat besar dalam memudahkan orang ramai menggunakan komputer.

Mengimbas kembali perjalan hidupnya, beliau dilahirkan pada tahun 1945 di New York dan menyambung pengajian dalam bidang sains komputer di Stanford. Selepas bekerja dalam penghasilan kajian AI, beliau menyertai Xerox’s Palo Alto Research Center (PARC) pada tahun 1973.

Advertisement

Pada tahun itulah, beliau mula memperkenalkan konsep ‘cut, copy & paste’ ini. Kejayaannya ini telah menarik perhatian pengasas Apple iaitu Steve Jobs.

larry tesler

Beliau mula menyertai syarikat Apple pada tahun 1980 dan membantu dalam membangunkan Macintosh, QuickTime, Lisa dan Newton yang merupakan sumbangan penting dalam syarikat itu. Larry merupakan salah satu tokoh penting di dalam Apple dan pernah berkhidmat sebagai VP teknologi canggih pada tahun 1986. Kemudian beliau dinaikkan pangkat kepada VP dan ketua saintis pada tahun 1993.

Penglibatan beliau bersama Apple terhenti pada tahun 1997 apabila beliau mengumumkan pengundurannya dari syarikat itu. Selain daripada syarikat Apple, beliau juga dilaporkan pernah berkhidmat di Amazon, Yahoo dan beberapa syarikat teknologi yang lain.

larry tesler

Inovasi dan sumbangan beliau dalam memperkenalkan fungsi ‘cut, copy & paste’ ini sangat memudahkan kerja mereka yang sering menggunakan komputer sehingga kini. Walaupun beliau tidak dikenali seperti tokoh teknologi yang lain seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg tetapi inovasi beliau ini sangat penting dalam sistem komputer kini. Tanpa Larry Tesler, dapatkah anda bayangkan bagaimana jika fungsi ‘cut, copy & paste’ ini tidak diperkenalkan beliau?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...